Sunday, June 28, 2009

Extreme Ride

Sabtu, 7.30am, 27 Jun 2009, diketuai oleh Pak Cik Shah, di selenggara oleh Abg Sofi, dimeriahkan oleh Pak Nana, disertai oleh beberapa orang riders lagi termasuk 2 orang dari Tanah Seberang, kami meneroka ke laluan getir dan extreme di Penang … Our Captains Mr. Shah & Ketua Rombongan, Mr. Sofi yg cukup berpengalaman dgn selok belok bukit-bukau Penang ni, telah mendera kami semua secukup-cukupnya…
.
Pada mulanya, semua bersemangat dan bertenaga. Tp bila semua botol telah ketandusan air, ada yg dah mula menunjukkan riak2 kepenatan dan keletihan. Ada dah yg nak minum air parit yg mengalir, tp dilarang oleh captain sebab beracun dan tercemar. Hampir sejam kekeringan air, kami jumpa jugak checkpoint. Lega rasanya. Ingatkan seksaan dah berakhir, rupanya belum lagi. Kami dikerah lagi untuk mendaki dan menuruni jalan2 licin dan berliku.. dan sekali lagi kami ketandusan air.
.
Namun perit getir ini kami tempuhi jugak, sebab nak patah balik pun sama jauh jee dengan nak habiskan penjelajahan kali ni… Menjelang 12.00 pm kami masih mengerah keringat di belantara ini. Akhirnya, lebih kurang 2.00 ptg, baru la kami dapat keluar dari perjalanan yg menyiksakan ni, namun aku tetap puas dan gembira sebab aku anggap ni sebagai latihan ketahan diri, mental dan fizikal sebelum ke UUM Jamboree July nanti. Satu lagi kayuahan extreme menanti kami selepas ini…
.

Di sinilah... Keperitan kami bermula...
.

Ketua Rombongan.. Mr . Sofi
.
Dok tunggu Pak Nana yg terlebih power kayuh sampai Titi Kerawang..
.
Take-5, sambil tunggu member2 lain...
. Di lereng gunung yg menghijau...
. Pak Nana... muka bulat sampai kecut dah...
. Jai < http://jai2u.blogspot.com/ >
. Tetap macho bergaya walaupun hakikatnya.. separuh nyawa dah...
. Tgk Captain kita..relax jee lepak kat beskal dia..
. What A Wonderful World!!!
. Malaysian's Next Top Models
.Celah2 hutan pokok kantan...
. Masih ada lagi yg blum sampai...

More Pictures & Stories
http://picasaweb.google.com/khairi000007/ExtremeRide#

http://jaiz2u.blogspot.com/

http://sanrabb69.blogspot.com/

Nibong Tebal Jamboree 2009

Dah Seminggu berlalu. Hari ni baru aku dapat update story pasal Nibong Tebal Jamboree. Keseluruhannya, jambori kali ni mmg best. Macam astro jugak, “Macam-macam Ada”, Bukit ada, road ada, offroad ada, downhill ada, jalan tanah merah ada, jalan batu ada, luka pun ada, kaki cramp pun ada, semua ada. Tp bila fikir2 balik, kita ni tak pernah serik kan? Walaupun pelbagai rintangan yg kita lalui semasa jambori sampai siap maki2 organizer laa, tp bila org buat jambori kita join jugak.. Apa nak buat kalau dah minat, kasi jalan berapi pun lalu rasanya.. Tp pastu organizer laa mati kena maki… Kesian kat diaorang…maybe diaorang dah cuba lakukan yg terbaik untuk kita… terimala seadanya...Bercakap pasal aku plak, jambori kali ni menepati sasaran aku. No 25 dr lebih kurang 1000 perserta. Lepas ni aku akan berusaha keras lagi untuk misi UUM Jamboree plak...
.
Sarapan @ R&R Juru
.
Masih cantik dan berkilat... Belum kena belasah lagi..
.
Video klip lagu "Kain Pelekat" ..lalalalala..
.
Aku , Pak Nasir & Abg Raif
.
Gemuruh Jiwa... Semangat Membara...
.
Wow!!! Ramainya...
.
Sempat lagi snap gambar sementara mamat tu nak kejar aku. Hihihi
.
First 20km
.
Semput dah semua....
.
Akhirnya... Tempat ke--25
.
Bersama Pengurus Pawana Riders utk jambori kali ni.. Zuhai PP
.
Ngan Fauzi... Next time training lebih skit Fauzi...
.
Pak Nasir yg baru tiba... Positon 77

Michelle .. Juara kategori wanita...
.
Rakan kayuh... Aku, Pak Nasir & Abg Mat
.
Alahai...keciknya...
.
Abg Wan ketawa besar nampak...
.
Pak Nana (Macam org DIGI) yg baru first time join Jambori...

Bersama..geng2 Extragear...
.
Abg Raif, yg bukannya jatuh time downhill... Tp jatuh accident ngan kereta daaa...

Pn Ros & Suami... Diapait oleh Aku & Pak Nana

Pawana Riders lagi...
.
Serbu.... Geng naik lori dah sampai...
.
Lepak kat2 gerai Corratec... Cantik ooo beskal dia..
.
Cabutan bertuah dah bermula...
.
3rd Place
.
2nd Place
.
Champion!!! Baru balik dr Indon & jadi juara jugak kat sana... Hebat2!!!
.
Juara Kategori Wanita...
.
Jom balik...Muka kecewa tak dapat hadiah... Huhuhu...
.
Balik ni...apa lagi ..XTVT mencuci laa plak...
.

Monday, June 22, 2009

Nibong Tebal Jamboree 2009 - Post Mortem

NTBMTBA'09 POST MORTEM

Post mortem of my performance in NTBMTBA'09
.
Distance : 47 km
Average : 15.9 km/h
Max Speed : 45 km/h
Time : 3h.00m.49s
Calories Burned : 668.5 Cal
.
Started : 7.30 am
Finished : 10.30 am
.
CP1 : Position 21
CP2 : Position 18
CP3 : Positon 19
CP4 : Position 25
Final Position : 25 / 1060
.
OBJECTIVE
TOP30, at least TOP50 (PASS)
No pushing @ 300m Hill (PASS, "some at critical area")
No Muscle Hamstring (FAIL)

4 Checkpoints (J.A.W.I)
.
Pictures will be uploaded soon...

Thursday, June 11, 2009

UUM-Mountain Bike XCR 2009

Lepas balik dari Nibong Tebal Jamboree bulan hujung bulan June nanti, kita prepare untuk UUM Jamboree plak. Yg ni pada pertengahan bulan July. So , apa lagi? Marilah kita bersama-sama memeriahkannya...

Date : 19th JULY 2009

Trail : UUM Area

Distance : Est. 55KM

Fees : RM50 / RM60 (Late Entry)


http://uum-xcr.blogspot.com/
.

Poster

Entry Form

Jersey

Monday, June 8, 2009

The Most Extreme Adventure Ever!!!

Hari ni Aku, Pak Cik Shah & Pak Nasir buat jelajah dalam hutan sekitar Penang untuk meredah dan melakar peta baru laluan2 yg getir dan berliku bukit-bukau bukau Pulau Pinang. Memang cukup memeritkan. Berapa byk bukit yg kami daki pun tak tahu laa. Berapa byk kali jugak kami tolak beskal pun tak tahu. Berapa byk cerun yg kami lalui sampai kena tolak jugak pun tak terkira. Kami redah ikut kata hati dan sedikit panduan dari kedua2 otai ni. Bg aku, ikut je laa... Kalau sampai malam pun aku ikut jee.. Memang ZERO aku punya pengetahuan dalam hutan kat Penang ni. Ini my first time diaorg bawak aku setelah beberapa kali aku missed.
.
Banyak jugak pengalaman yg getir kami lalui. Antaranya, Pak Cik Shah jatuh dalam lubang yg dalam dia setakat dada. Kepala dia kat bawah, kaki dia tersangsut kat atas. Kalau sorang2 memang tak boleh bangun punya. Denagn pertolongan aku dan Pak Nasir, kami keluarkan dia dari lubang tuu. Habis baju kami basah & berlumpur. Pastu, kami redah lalauan pokok2 renek berduri, sangkut san sangkut sini. Kami cross kebun sayur yg cantik dan damai, kami pening mana satu nak pegi kat "Simpang 5" dan macam2 lagi2...
.
Memang memenatkan, namun cukup bermakna terutamanya buat aku yg pertama kali merentasinya. Akan datang, kami akan meredah laluan baru lagi... masih byk yg belum kami terokai.
.

Pendakian pertama bermula dari Paya Terubong...

Baru lepas cross tangga2 di "2000 Steps"

Tepi perigi lama...

2000 Steps...

Bermulanya XTVT menolak... Dari celah rim beskal aku..

Aku yg kepenatan.. Almaklumla, kenduri byk sgt... Habis semua aku bedal...

Kasi OTAI2 pegi dulu.. Aku follow dari belakang jee..

Bungalow cantik ditengah2 hutan...

Dalam hutan pun ada jalan bertingkat...

Meredah semak samun laluan yg ditinggalkan...

Bab2 tangga ni aku mesti tolak punya... Pak Nasir jee expert dalam bab ni...

Di pertengahan jalan ke 3 menara... Berehat seketika...

Cukup memukau.!!! What a Wonderful World?

Three Musketeers

Kebun sayur... Macam kat Cameron jugak...

Alamak..aku sesat di tengah2 kebun sayur!!! Tunggu...

Lalauan yg paling getir dalam journey kali ini... Kat bawah ni laa Pak Cik Shah jatuh masuk lubang... AWAS!!!..Jgn kayuh sorang2...

Pemandangan Bandar Bayan Baru...

Kena angkat beskal plak...

Memang getir & memenatkan...

Akhirnya, kami dihidangkan dgn pemandangan indah selepas mengharungi segala keperitan

More Pictures...
http://picasaweb.google.com/khairi000007/TheMostThrillerJourney#

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...