Tuesday, August 25, 2009

MONDAY NIGHT RIDE

Malam ni kayuhan malam lagi... Sesi kayuhan santai jee malam ni... Pusing2 town area then patah balik ke Batu Maung pastu lepak2 kat MCKT. Layan... Santai kee... rempit kee... janji kayuh!!!
.
Distance = 52.17 km
Avg Speed = 24.3 km/h
Max Speed = 45.0 km/h
Cal Burned = 900.2 Ca
Time = 2h.08m.26s
.
Meet Point @ MCKT. Minum dulu sebelum kayuh...
.
Pastikan segala kelengkapan kayuhan malam mencukupi....
.
P.Nasir & P.Shah
.
Aku!!!
.
Kita pi Georgetown jee... Nak naik jambatan lain kali laa...
.
Pak Nasir yg kepenatan coz lama tak kayuh... Slow & Steady P.Nasir!!!
.
Cone Arc @ Padang Kota Lama
.
Banyaknya jalan.. mana satu nak redah ni....
.
Otai2 tgh dok discuss for the next ride... Apa? Penang Hill 2.00pg? OK jeee!!!
.
TRAFFIC LANCAR malam ni... Memang laa dah lebih pukul 12 mlm..
.
Aku & P.Cik Shah @ Queenbay
.
Aku & P.Nasir @ Queensbay
.
Lepas Sahur kita rehat dulu OK!!! Esok posa.. Malam kita kayuh lagi...

Sunday, August 23, 2009

KAYUHAN MALAM RAMADHAN 2009

Penang Island View @ Night
.
NIGHT RIDE CHRONOLOGY
................................................
DATE = FRIDAY, 21 AUGUST 2009
DISTANCE = 79.46 km/h
MAX SPEED = 52.5 km/h
AVG SPEED = 25.0 km/h
CAL BURNED = 1476.8 Ca
CYCLING TIME = 3h,10m,21s
.
11.00 pm
Aku tiba di meetpoint seperti dijanjikan. Makcik Kelante (MCKT) Hentian Rasmi Night Ride 2009
.
11.15 pm
Sifu muncul dgn ORBEA nya. Kayuhan malam bermula serta merta..
.
11.45 pm
Tiba di Teluk Kumbar. Kedengaran dentuman guruh dan awan hitam mula berarak tiba.
.
12.00 am
Pendakian melalaui Jalan Lama menuju ke Balik Pulau. Jalan raya sunyi sepi… Terlihat gerai2 makan masih beroperasi dgn geng2 oldies & youngsters yg minum2 lepas terawih.
.
12.15 am
Tiba di Balik Pulau. Mengusuri Jalan Pondok Upih yg sunyi. Terlihat rumah2 di pinggiran jalan telah bergelap. Almaklumlaa.. esok nak bangun sahur.
.
12.30 am
Pendakian lagi. Keringat dikerah tatkala mendaki dari Balik Pulau ke Teluk Bahang. Sifu kata slow2 jee coz jalan gelap. Hanya bergantung pada lampu beskal saja.. Kami teruskan jua...
.
12.45 am
Pssssttttt…. Tayar JAMIS aku pancit. Huh Lega!!! Tepat2 dibawah pancaran lampu jalan plak tu. Kalau tak, pitam jugak laa.. Sifu tolong tukar aku. Selamat dia ada tube lebih. Tube aku jenis PRESTA… tp lupa bawak adaptor. Camna nak pump?
.
01.00 am
Pendakian berjalan lancar semula menuju ke Dam Teluk Bahang. Di pertengahan jalan, sekalai sekala ada laa 2 k3 3 biji kereta melentasi kami .. Time downhill... kami stay close side by side coz nak combine pancaran lampu LED supaya boleh suluh jalan… Focus dan ketelitian amat perlu di saat ini.
.
01.30 am
Sampai di Teluk Bahang. Makan nasi kandar kat Restorant Khaleel lepas bulatan kecik kat Teluk Bahang tu. Memang sedap laa time2 sejuk & lapar. Kejap jee kami clearkan nasi yg banyak tuu… Time ni hujan dah mula renyai2…
.
01.50 am
Hujan renyai2. Perjalanan kami diteruskan. Dalam kesejukan malam, kami meredah hujan renyai menuju ke Feringhi.
.
02.15 am
Kami bermandi hujan. Hujan turun dengan lebatnya. Kami terpaksa slowdown kelajuan dari 35kmh – 40kmh kepada 30kmh – 35kmh disebabkan jalan yg berair dan licin.
.
02.45 am
Tiba di Gurney Drive & Padang Kota Lama. Hujan masih lebat. Kesejukan bukan Penghalang bg kami berdua. Apa yg pentina, semangat & teamwork semasa melakukan kayuhan tatkala hujan dan gelap.
.
03.00 am
Kami menyusuri Coastal Highway menuju ke Bayan Baru sambil bermandi hujan. Sambil kayuh, Sifu bagi tip2 dan nasihat time kayuh weaktu malam. Time2 hujan pun kena lecture jugak.. Mesti dengar & ikut rapat…!!!
.
03.30 am
Tiba di Bayan Baru. Seluruh badan dah basah kuyup. Kesejukan namun aku puas. Thanks to my Sifu coz bawak kayuh malam… What an experience in my life? Superb!!!
.
04.00 am
Cuci beskal pun dah siap. Makan sahur pun dah settle. Aku pun tido…ZZZZZZZZ…

Tuesday, August 18, 2009

MERDEKA RIDE 2009

Ahad lepas aku join Merdeka Ride for Green 2009. Pagi2 dlm pukul 7.00 am Aku, P.Shah & P.Nasir gerak dari B.Baru. Kami ingatkan dah lambat... So merempitla kami ke Padang Polo dgn kelajuan 40km/h. Nak terjelir jugak laa lidah nak sampai sana. Tgk2 bila sampai start lambat... Buat penat jee merempit... Time kayuh plak memang best. Aku & Sifu dah set nak kejar geng RB. Aku ni blur skit pasal kayuh ramai2 ni. Nasib baik Sifu back-up dari belakang sambil bg guide. Kalau tak pancit laa aku coz salah taktikal. Sampai cungap laa jugak geng2 RB kami kejar... Speed range 40km/h - 45km/h. Memang best laaa... Nak pulak aku ni tgh melepaskan geram sebulan tak naik JAMIS. Aku kayuh habis-habisan punya.
.
Distance = 52.72 km
Max Speed = 60.9 km/h
Avg Speed = 33.7 km/h
Time = 1h.33m.44s
Cal Burned = 1498.2 Ca
.
Aku bersama JAMIS aku yg berwajah baru... Sebulan aku tunggu..akhirnya siap jugak..
.
Abg Raif, Aku & Sifu.
.
Tgh bincang plan merempit ngan Sifu
.
Aku, Sifu & Massaro
.
Geng Pawana Riders... Raif Turbo, K.Jamis, Suhairi Avalanche & P.Shah Electricz
.

Monday, August 10, 2009

JEMU, REKOD, SEDIH & PENGUBAT DUKA

Hujung minggu lepas merupakan minggu yg agak bercelaru dalam diari berbasikal aku.... Menantikan MTB aku yg tak siap lagi, aku mengambil keputusan untuk berkayuh sendirian pasa hari Sabtu. Round Island sendirian dalam usaha memecah rekod peribadi. Syukur aku berjaya melakukannya. Sifu & yg lain2 panjat gunung ganang.. Semua dok peranagat... buat aku mendidih jee dengar.. Tapi apakan daya.... hanya RB menjadi peneman buat masa ni...
.
Sedihnya dalam misi aku memecah rekod peribadi yg telah terlaksana pun... camera SONY TS2 Touch Screen aku plak yg hilang... Dek asyik mengejar masa aku lupa yg dia telah jatuh dipertengahan perjalanan.. Sesampai di rumah baru aku sedar, aku kehilangan sesuatu yg amat penting dalam hidup & blog aku...
.
MY NEW RECORD (ROUND ISLAND)
Distance = 73.89 km
Max Speed = 63.9 km/h
Avg Speed = 31.2 km/h
Time = 2hr, 21m, 52s
Cal Burned = 1951.3 Ca
Route = BJ - Bkt Gamber - Greenlane - Tg Bunga - Bt Feringhi - Tlk Bahang - Blk Pulau - Bkt Jln Lama - Tlk Kumbar - Byn Lepas - BJ
.
Ptg Ahad, sekurang-kurangnya duka & kesedihan aku sedikit terubat. Pak Cik Shah & Pak Nasir ajak kayuh road. Bro Jai & E pun join jugak. At least ada laa kawan utk aku kayuh. Tak laa bosan sangat. Walaupaun ptg semalam mcm nak hujan kami teruskan jugak. P.Cik Shah bawak pusing2 town area pastu balik ikut Bkt Gamber. Mmg syok laaa... Kami lepak kat Kuil Buddha sambil tgk pemandangan yg terbentang indah & makan roti yg kami beli kat Kedai Roti Patchee. Aku ni pantang nampak roti, mesti kena beli punya laa... Thanks to Bro Jai coz snapped our pics ptg semalam... Almaklumlaa... Camera aku dah dalam lipatan sejarah dah..
.
Padang Kota - Lepak sambil menikmati angin kencang yg segar & menyamankan..
.
In action ngan RB aku..
.
Tgh beli Roti.. Hum Nyummy2.. Aku kalau stress memang roti laa jawapannya. Hari Ahad semalam.. Dari sarapan sampai malam aku makan roti jee utk hilangkan stress.
.
Sifu tgh suruh aku guna gear berat utk test power naik Bukit Gamber. Perit siot, Tp buat jugak...
.
Di sinila kami rest sambil makan roti & layan view Penang Bridge yg cukup memukau...
.
Dah gelap... 7.45pm Traffic Light depan USM. Dah nak sampai dah...
.
GAMBAR : EHSAN DR "MR JAI" BLOG ( http://jaiz2u.blogspot.com/ ) PLEASE VISIT HIS BLOG FOR MORE PICTURES & STORY.

Thursday, August 6, 2009

BM MOUNTAIN BIKE CARNIVAL 2009

Jom ramai2 kita join BM MTB CARNIVAL 2009. Semalam saya telah bersembang dgn organizer dan diaorang kata trek dia tak macam tahun lepas. Boleh kayuh punya.. Dan yg paling penting, Jersey dia. Jersey jamboree tercantik yg pernah dikeluarkan oleh pihak penganjur... Rugi laa kalau tak join.. Saya dah JOIN. Lepas ni training maut laa... hihihi...
.
Venue : Mengkuang Dam , BM
Date : 11 October 2009
Time : 8.00 am
Distance : TBD
Fee : RM70

BM MTB CARNIVAL 2009

Jersey & T-Shirt Design

Sunday, August 2, 2009

Kayuhan Melepas Rindu

Ptg semalam aku buat kayuhan melepas rindu. Walaupun 2 hari tak kayuh rasa macam setahun lamanya... Aku buat kayuhan solo jee semalam guna roadbike. Sifu ajak pegi Hye Keat & Penang Hill ptg semalam, tp apakan daya MTB belum bersedia untuk beraksi lagi... Simple raod jee ptg semalam. Dari BJ - Bukit Baru - Balik Pulau - Pelau Betong - Bukit Lama - Teluk Kumbar - Bayan Lepas - Sg Ara then sampai laa BJ semula... Start 5.45 pm sampai rumah balik pukul 7.20 pm. Maka terubat laa rindu aku tak dapat berkayuh dihujung minggu yg lepas...
.

Kenangan kayuhan rindu... Thanks to Mr David coz tlg snap pic ni.. Jumpa dia time panjat Bukit Baru. Dia pun sorang2 jugak...
.mintak tolong tripod sotong ambik gambar aku plak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...