Sunday, December 18, 2011

PENANG KAYUH LASAK 2011 "KAW KAW RIDE"

Sunday, 4 Decemebr 2011. Semua orang dah tahu ... "Kayuh Lasak". Dah nama pun lasak.... Jangan tanya ada kee ada kee kayuhan santai2 ataupun fun ride sepanjang 55km jamboree ni. Kirim salam!. Bg aku ini kali ke-3 aku join Kayuh Lasak dan tahun ni yg paling lasak. Bukan skit bukit yg nak didaki dan dituruni.. tp 7 bukit semuanya..

Memang terbaik laa Kayuh Lasak kali ni.... Memang mencabar ketahanan mental dan kekuatan fizikal setiap rider... Nasib baik laa cuaca hujan, kurang laa penat skit. Tapi kalau panas membahang, tak tau laa camna... Kayuh punya kayuh.. campur tolak tambah darab bahagi tengah2 ride tu.. maka sampai laa aku dikedudukan ke-30... Kebiasaannya, jamboree ambik masa dlm 1jam 30minit ke 2jam 30minit nak complete, tp yg ni aku ambik masa 4jam 30 minit.. Antara Jamboree yg paling lama untuk dihabiskan.... Maklum laaa..

#@#$@#$@ KAW KAW RIDE Q@$@%@%

Ready to GO!

Ramai yg join.. ramai jugak laa yg nak kena dera nanti.. .Hehehehe..

Jatuh dah sekali ni... Lepas ni kena sekali lagi... 

Nak sampai Finishing Line dah...

Dah sampai pun..

TQ Cycling Malaysia



PMA TEAM..Congratulation!.. my friends..

With Arash & Wife..

No.30

Siap blh letak nama lagi.. Best! Best! Best!

With Junaidi

Kak Ros & Abg Sofi

Dinner Time.. Lucky Draw habuk pun tadak... Huhuhu

Thursday, November 3, 2011

KAYUHAN KUALE 2011

Sunday, 30 October 2011. Hari ni genaplah setahun sejarah hitam aku dlm dunia MTB. Setahun lepas, 31 Oct 2010, pada jamboree yg sama aku telah jatuh beskal dgn teruknya... sampai ke hari ini aku masih merasainya... Namun, itu bukan penghalang untuk aku mengatakan tidak kepada KUALA KANGSAR JAMBOREE 2011. Kini aku tetap menyertainya...

Keseluruhannya.. KK Jamboree kali agak kurang memuaskan dan mendapat rungutan dari pelbagai pihak. Ramai yg tak puas hati sebab kena round satu town dan berlepas untuk kali ke-2. Dlm hutan jugak tak banyak marshal yg jaga... Buah-buahan pun tak ada... melibatkan politik dan mcm2 lagi.. Satu yg boleh dipuji. trek KK Jamboree mmg best dan mencabar... Tahun2 seterusnya... kenalah diperbaiki segala kelemahan yg ada...

Untuk aku pulak... Akhirnya dapatla jugak aku menghabiskan kayuhan yg tertunda selama setahun tu.. Kali ni aku dapat No.20. Rasa kureng puas hati skit kat starting line tu.. pasal start dua kali... dan bermula dari belakang.. Dlm hutan jatuh jugak.. tp tak laa teruk sangat... Overalll.. .OK laaa...

Starting point..

Saya sudah bersedia...

Saya sudah sampai..

Org lain pun dah sampai..

Main sponsor KK Jamboree 2011

Rehat... kepenatan..

Wajah2 kecewa..

Ganazzzzzzz...

Disebabkan ayam yg dimasak pedas... aku makan roti jee..

PMA FAMILY..

Ramai & sesak..

Kuala Kangsar yg indah...

Monday, October 24, 2011

BM MOUNTAINBIKE CARNIVAL 2011

Sunday, 16 October 2011. BM Jambore sekali lagi mengambil tempat dlm kalendar berbasikal aku. Seminggu sebelum hari jamboree ni, dah ramai yg pi dok try trek dia. Rami yg kata mmg mencabar dan macam lagi, tambahan plak kalau hari hujan. Nasib baik pada hari jamboree ni cuaca dia sangat cantik dan tak hujan.

Misi aku pada BM Jamboree kali ni hanyalah TOP20. Memandangkan aku semakin pulih dari kecederaan yg menimpa hampir setahun lepas. Alhamdulillah... aku dapat No.11. Tp frust jgk laa.. sebab miss satu lagi slot  untuk TOP10. Kalau tak, dapat laa naik podium.. Hehehehe... Cabutan bertuh pun tak dpat.. Huhuhuhu...

Keseluruhannya, BM Jamboree ni mmg best, dab ada kelainan. Memang berbaloi yuran RM80 yg dikenakan untuk penyertaan. macam2 ada... Syabas penganjur! Lain kali kalau ada penganjur yg nak letak yuran lebih dr RM50 kena buat lebih baik dari ni lagi.. Takpun kita ekaklkan saja yuran RM50 ni.. Lagi senang....


Semua dah tak sabar2 menunggu untuk dilepaskan...

My Plate 432

Top speed time merempit atas jalan. Nak kejar geng2 kat depan ...

Action 1 : TQ Cameraman

Action 2 : TQ cameraman..

Action 3 : TQ cameraman...

Misi tamat dikedudukan ke-11



Geng2 PMA lain pun dah sampai..

Iron Ladies.. No.2 & No.5


TOP10 MENS & TOP5 WOMENS

Result hari ini.. Sedihnya.. aku miss satu slot..

Lucky Draw time... Wajah2 yg tak lucky..

Completed!

Monday, September 19, 2011

CIMB : CAMPAIGN FOR A LANE 3RD EDITION

Sunday, 11 September 2011. Dah masuk tahun ke-3 CFAL berlangsung. Ketiga-tiga tahun jugak aku dah join... Dua tahun dah dok depan, tahun ni aku menamatkan cabaran di dlm hujan yg lebat dikedudukan ke-5. Prestasi pun dok kureng dah ni... Hihihii..  Hanya berjaya menamat kan kayuhan dlm masa 2jam 31 minit degan average speed 33km/h. 

Tak seperti tahun2 lepas, tahun ni cabaran dia memang getir.. Sejak dari permulaan kayuhan sampai laa ke garisan penamat, hujan mencurah-curah tak henti2...Memang syok laaa kayuh dlm hujan ni, tp ada jugak dengar2 cerita yg patah kaki laa... yg jatuh laa... dan macam2 lagi.. Namun, tujuan kita da;lah satu, demi mendapatkan laluan basikal dr pihak kerajaan di atas jalan raya kita... Hujan pun hujan laaa... Yg penting kita terus bersemangat mengejar misi kitaa... Betul tak kawan-kawan?

Walaupun hujan lebat, masih ramai lagi yg bersemangat untuk berkayuh.. Syabas!!!

TQ PDRM... 

Aksi kona baring... Selekoh merbahaya menuju ke Teluk Bahang..

Dah sampai ke garisan penamat..

Satu lagi aksi...

TQ Cycling Malaysia...

3G - PMA - GIANT

Bersama-sama geng PMA

Dah 3 thn aku bawak basikal GTS 11.5 kg utk CFAL ni.. 
Walaupun berat skit, tapi syok laa kayuh dia..


More Pictures & Actions...

Cycling Malaysia

Tiger Henry Wong

Johan Ann

Rina Yusoff

Raymond Tan

Chew Saw Leong

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...