Tuesday, September 29, 2009

BM Jamboree Preparation!!!

Minggu ni Aku & Sifu dah mula membuat kayuhan bukit ke bukit, dalam usaha menghadapi BM Jamboree 2009 dan juga memecahkan lemak2 tebal time raya seminggu yg lepas. Tayar sotong yg berkidmat sewaktu bulan Ramadhan digantung kerja seketika. Kini, tayar lebar pulak yg mengambil tugas. Semalam, Sifu bawak aku pegi 2 bukit yg aku tak pernah lalu lagi.. Kami pegi Bukit Kangkung & Bukit Padang Tembak. Ganas jugak laaa bukit2 ni. Tp bagus laa sebagai permulaan dan mencari stamina & skill mendaki sbb dah lama main road time Ramadhan lepas.
.
Di kaki Bukit Padang Tembak
.
Berhampiran Rumah Hijau... Lepak kat Tangga ke Jln Lim Kew Lee.

Pemandangan Indah Pulau Mutaira.
.
Kamai start dari Bukit sebelah sana, sekarang dah sampai bukit sebelah sini.
.
Aku...
.
P.Cik Shah...
.
Baru lepas mencerobah masuk ke Hock Lok Siew Durian Estate. Hihihi...
.
Rumah banglow cantik ditengah2 hutan ni telah disita kerana XTVT pemprossen dadah beberapa tahun yg lepas... Downhill dr sini cukup mencabar...
.

Sunday, September 13, 2009

Night Ride - 120km - Penang - Sg Petani - Penang

Saturday, 12 September 2009. Sejarah demi sejarah tercipta. Aku ngan Sifu buat hal lagi malam ni. Kami dah ketagih kayuh jauh2 plak... Mula2 plan lain. Sampai je MCKT, Sifu ajak kayuh pi Sg Petani. Time tu pukul 11.00 mlm dah. "Sempat kee?" Soalan ni aku simpan jee, takut nanti ubah plan plak, sebab aku yg teringin sangat nak kayuh sampai Sg petani ni.. Ikut sudah laa, janji sampai...
.
Pukul 12.15 kami turun dr Ferry then terus kayuh mengejar misi dan masa. Perjalanan kali ni terpaksa diperlahankan sedikit kelajuannya di atas faktor keselamatan. Kami ikut jalan lama. Jalan dia skit punya gelap, bahu jalan pun sempit. Memang kena alert & stay in-line. Dengan panduan & nasihat Sifu, aku follow dia rapat2. Aku memang ZERO laa jalan ni.. Tak pernah lalu pun.. Selalu nak pi SP naik Highway jee...
.
Kayuhan kali ni mmg tadak rehat. Kami rehat pun nak ambik gambar & isi air jee. Begitulah kamus kayuhan kami berdua, "Pushing to the Limit". Around 1.50am, kami sampai kat Jam Besar SP. Suruh awek yg dok lepak kat situ ambik gambar, isi air kat Seven Eleven, then terus patah balik.
.
Time balik kami nak kena kejar masa plak. Tgk jam pukul 3.00am tp masih kat Tikam Batu. 3.30am kena sampai ferry, kalau tak sejam lagi laa kena tuunggu. Apa lagi merempit laa.. Seluruh kekuatan dikumpul & kami rempit 35km/h - 43 km/h. Akhirnya misi tercapai. Masuk jee ferry (Tak sempat bayar pun), terus ferry jalan. Huh!!! Lega...
.
Sampai jee sebelah Pulau, satu lagi cabaran kami terima. Kali ni hujan plak. Sifu kata, kalau tunggu tak sahur laa kita. So, kami decided kayuh dalam hujan. Punya laa lebat hujan pagi tuu.. Basah kuyup kami berdua. Siap kena siram air ngan kereta yg lalu sebelah lagi... Pukul 4.30am kami sampai Kassim Mustafa. Sahur Nasi Kandar & dalam pukul 5.00am kami pun balik rumah...
.
Distance = 116.04 km
Avg Speed = 27.5 km/h
Max Speed = 47.2 km/h
Cycling Time = 4h.12m.30s
Cal Burned = 2336.2 Ca
.
JAMIS & ORBEA yg sentiasa bersedia utk ke mana jua destinasi...
.
Atas ferry. Rest dulu 15 minit...
.
Kayuhan bermula... Moto tu siap laa, kena kejar laa tuu nanti...
.
Alamak "KURANGKAN LAJU". OK! Speed reduced... from 80km/h to 35km/h. Hihihihihi...
.
Kampung Jambatan Merdeka...
.
Kenangan @ Jambatan Merdeka...
.
5km to SP. Rempit!!!
.
Bukti 1 @ SP. Pintu Gerbang MPSP.
.
Bukti 2 @ SP. Institut Pengurusan Peladang, SP.
.
Bukti 3 @ SP. Jam Besar SP.
.
Isi air kat 7-11, SP.
.
Kenangan terakhir di SP sebelum berangkat peluang...
.
Lepak atas ferry, sambil buat adjustment kat kaki...
.
Dah sampai pulau.. Ada 18km lagi sebelum kayuhan tamat + Hujan Lebat..
"Jadikan Cabaran Sebagai Hiburan"

Kayuhan Santaian Malam

Jumaat, 11 September 2009. Malam ni cuma kayuhan santai jee bersama Extragear & Matang Riders. Kami naik Bkt Paya Terubong, pastu pusing2 sampai Ayer Itam then terus ke Gurney Drive. Lepas Gurney kami lepak2 kat Padang Kota Lama plak. Pastu patah balik ke MCKT ikut Coastal Highway & Queensbay.
.
3 stooges bersatu semula setelah kepulangan Ayahanda Pak Ant dr kampung halaman...

.
Semua dah cukup... Jom sambung kayuh
.
Pak Nasir memendam rasa kerana tak sempat nak balut, dah kena gerak... Pak Nana nak cepat ke mana pun tak tahu laa...
.
Padang Kota Lama
.
Waja sedih Abg EE yg tak dapat kayuh malam tu... Baru balik kerja pun dia dapat hidu kami kat mana... Dasyat ni... Pak Nujum ke?
.
Alamak!!.. Polis Traffic mai buat spotcheck laa... Kantoi laa sapa yg tak bawak lesen... Silap2 kena angkut.. Hahaha...
.
Apa kes plak Pak Deris kita ni... Gigi crank dah cacat kee? Lepas ni pi jumpa Dentist OK!!
.
Gambar beramai-ramai2. Mana Pak Nana?
.
Destinasi terakhir...MCKT.
.

Seperti biasa meeting point @ MCKT

Petronas Paya Terobong. Abg Has cam nak berkungfu atas beskal jee...

Friday, September 11, 2009

Night Ride - Penang Hill.

Sejarah tercipta lagi. Kali ni, "Pendakian Malam ke Penang Hill" plak. Plan yg telah sekian lama tertangguh akhirnya terlaksana jugak pada malam semalam. Bermula dari MCKT, aku bersama Sifu menuju ke kaki Penang Hill. Kayuhan santai beserta singgah di TNB Lorong Kulit seperti biasa, akhirnya kami tiba di kaki Penang Hill 10.50pm.
.
Tepat 11.00 malam kami memulakan pendakian. Gelap, Sunyi, Seram, Sejuk, Dingin, Unggas Hutan, Cengkerik, semuanya ini mula menimbulkan seribu kebimbangan & keresahan dihati aku. Namun, pengalaman 10 tahun Sifu mendiami Penang Hill (1990 -2000) menyakinkan aku untuk mengikut jejaknya. Pendakian demi penadakian, beserta singgah di "Station 84" akhirnya tepat 12.00am, kami tiba di puncak Penang Hill. Dalam perjalanan ke puncak, hanya sebuah kereta & 2 buah motosikal saja yg memintas kami... Downhill cukup sukar. Focus yg tinggi perlu tatkala hanya lampu LED saja yg menjadi penyuluh malam semalam... Syukur, kami selamat tiba dipuncak, dan selamat turun ke kaki semula...
.
Bukan ini yg kami cari malam ini. Kami nak ke "PENANG HILL"
.
Semangat + Seram
.
Guard Post di kaki Penang Hill.
.
Kayuh2 jugak... Kempen mesti disahut!!!. " KEEP PENANG HILL CLEAN"
.
Saksikanlah kegelapannya...
.
11.30pm, tiba di Station 84...
.
Kenangan di Station 84
.
Bukan "Sepetang di Bukit Bendera". "Satu Malam di Bukit Bendera" baru betul...
.
Bukti kami tiba di Puncak Penang Hill.
.
Tido sambil mencerap bulan yg malap...
.
Aku & Sifu. Thanks to P.Cik Shah coz bawak naik Penang Hill.

Monday, September 7, 2009

Night Ride - 100km -> Penang - Kulim - BM - Penang

Ahad, 6 September 2009. Malam ni telah tercipta satu sejarah dalam hidup dunia berbasikal aku... Segala yg kuimpikan tercapai. Akhirnya P.Cik Shah bawak aku kayuh pi KULIM jugak... Pada mulanya aku cam rasa dia nak bawak kayuh pi Padang Kota jee, pastu tgk2 dia belok masuk ferry. Dia kata jom kayuh KULIM. Tak cakap banyak, aku terus setuju!!! Masa dalam ferry aku kena lecture dulu laa.. Camna nak kayuh jauh, camna nak kayuh dalam gelap, isyarat tangan, macam2 laa.. Semua ni ilmu yg sangat berguna buat aku, walaupun dok kena fire gak sekali sekala. Hahaha...
.
Kami bermula dari MCKT menuju ke ferry. Lepas tu kami terus kayuh sampai Kulim ikut BKE. Sampai Kulim, kami ronda2 kat town dia, then lepas tu ka,i kayuh plak ke ferry ikut Bukit Mertajam. Naik ferry pukul 2.30 pg then kayuh sampai laa ke Bayan Baru... Pastu, sahur Nasi Kandar Kassim Mustafa. Punya laa lapar.. aku siap tambah nasi tuu.. Aku rasa itu laa kuantiti nasi yg paling banyak aku makan dalam hidup aku... Tak tahu laa, lapar campur sejuk... kejap jee clear... Lebih kurang pukul 4.15 pg kami pun balik rumah... ZZZZZ
.
Distance = 102.35 km
Avg Speed = 27.7 km/h
Max Speed = 51.0 km/h
Cal Burned = 2184.1 Ca
Cycling Time = 3h.41m.30s
.
JAMIS kena kerja keras malam ni... Rest dulu...
.
Atas Ferry, sambil dengar tip2 & ilmu berguna pasal kayuhan..
.
Itu dia... BERSEMANGAT WAJA!!!
.
Kayuh jgn tak kayuh.. Nak sangat pi jauh2 padan laa muka!!!
.
1km lagi nak sampai KULIM...
.
Bukti kami tiba di KULIM. Di hadapan MAHKAMAH MAJISTRET KULIM
.
Kat area Bkt. Mertajam. dah 75 km dah...
.
Plaza Tol Sungai Nyior...
.
Lepak atas Bridge... Kenapa tak percaya ke??
.
Yahooo!!! Pagi2 keta mana ada... boleh la buat camni...
.
Kat terminal ferry... Kami 2 org jee laa yg dok tunggu ferry time pagi2 buta camni...
.
ORBEA & JAMIS


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...