Showing posts with label NIGHT RIDE. Show all posts
Showing posts with label NIGHT RIDE. Show all posts

Sunday, August 22, 2010

KAYUHAN BORR - PEGI NAIK FERI - BALIK NAIK LORI

Saturday, 21 August 2010. Sempena malam minggu di bulan Ramadhan ni, kami plan kayuh jauh skit. Kali ni pi kayuh kat BORR. Dr Bayan Baru, kayuh jumpa geng PMA, pastu naik feri pi seberang (BORR). Sampai sana tak ramai rider yg ada... Mungkin dah lewat kot (12.30 am).

Pusing satu lap, kami pun nak balik pulau la semula, tp tgk2 feri dah "out of service" laa plak. Pukul 5.30 pg esok baru bukak balik. Huh! penat laa camni.. nak sahur lagi ni... Last2 kami ambik keputusan nak redah Penang Bridge. So kayuh laa dr feri pi Penang Bridge plak..Sampai je sana, lepas menyelinap masuk ikut lorong motosikal, tiba2 kena tahan da dgn org PBSB. Alamak! kantoi la plak.. Apa nak buat ni? Rayu punya rayu, dia tak bagi jugak... Nak buat camna.. kerja dia.. kena respect laa..

Ubah plan no2 plak... Tahan lori... Geng2 driver lori ni semua lalu buat tak tau jaa bila kami tahan lori depa. Lepas setengah jam, baru laa sebiji lori "Surat Khabar Baru" berenti.. TQ laa Mr Kumar coz bg kami tumpang lori dia. Siap dapat Harian Metro Ahad versi terawal lagi tu.. Org Penang pun tak baca lagi tau.. Kami yg baca dulu..  Mmg pengalaman yg berharga la kayuh malam ni...

--- PEGI NAIK FERI - BALIK NAIK LORI ---


 Tgh dok tunggu feri nak pi seberang, time ni pukul 12.00am dah..

 Motosikal ngan Beskal ada dua tyres, kira sama la tu..

Sempat lg suruh Brother PBSB ambik gambar kami..
Angin je muka dia.. dah laa buat kecoh, pastu suruh ambik gambar plak tu..

Mr Kumar dok usha jee kami dok isi beskal dlm lori dia..

Semua dok seronok.. dapat balik..

 Dapat Metro Ahad free

 Beskal, Newspapaer ngan orang ..sunbat sekali.. Macam sardin dlm tin daaa..

Dok buat gimik plak dah..

Saat2 bersesak, panas dan dok cium asap lori.. Tak kisah laa... janji sampai..

 Dah sampai tgh bridge dah...

Sampai TESCO kat E-Gate, masa utk cabut..

 Apapun TQ tu Mr Kumar & BFU 7529

Thursday, May 13, 2010

NIGHT RIDE - PENANG HILL

Thursday, 13 May 2010. Kita hanya merancang, Tuhan sahaja yg menentukannya... Begitulah kisah aku nak naik Penang Hill waktu malam. Perancangan kami untuk menjejakkan kaki di Penang Hill pada waktu malam gagal pada hari Rabu. Sejerus sampai di pondok 46, hujan mulai turun. Setelah meneliti keadaan cuaca, Sifu kata kena patah balik sbb nanti kalau hujan mulai lebat, jalan akan menjadi sgt licin. . Aku tak membantah walaupun sedikit kecewa...
.
Namun, kekecewaan aku terubat semalam apabila Sifu bawak aku kayuh sampai kat atas Penang Hill jugak.. Walaupun hujan renyai2 mengiringi kayuhan kami ke atas, itu tak jadi masalah.. Yg penting matlamat aku utk ke sana tercapai jugak... Sampai kat atas dalam pukul 11.00 malam , cuauca mmg sejuk, maklumla lepas hujan. Kami lepak sejam kat atas & lebih kurang pukul 12.15 am kami pun turun.Di pertengahan jalan, tyre beskal aku plak pancit. Terpaksalah tolak perlahan-lahan sampai Pondok 84. Lepas repair kami pun downhill ke bawah & pulang..
.
Mmg satu pengalaman yg menarik kayuh malam ke Penang Hill ni.. Walaupun perasaan aku kekadang seram & memikirkan jugak tentang itu, tp aku beranikan diri jugak. Thanks to my Sifu kerana dok bagi semangat dan kekuatan diri utk aku kayuh sampai atas...
.
Ini cerita hari Rabu. Kami start kat kedai uncle (Kah Kean Cycle, B.Baru)
.
Ini pun cerita hari Rabu jugak, kenangan kat Guard House sblm kayuh naik atas. Hari Khamis punya kami skip dah sesi bergambar kat sini.
.
My MARIN sedia beraksi...
.
My Sifu. Dgn pengalaman 10 thn menghuni Penang Hill 10 thn yg lalu, bg dia semua ni dah tak heran dah. Atas keyakinan itu laa, aku berani ikut dia naik atas Penang Hill malam2 macam ni..
. Pit Stop kat Pondok 84.
.
Yes!!! Imian aku tercapai jugak.. Akhirnya aku menjejakkan kai jugak ke Penang Hill di waktu malam buat kali ke-2
.
Posing macam PILOT tuuu...
.
Kat signboard Penang Hill.
.
Terang dilimpahi cahaya lampu. Lampu2 kat atas ni, sejarahnya, Sifu laa yg pasang semuanya berbelas tahun yg lalu sewaktu dia bertugas di TNB Penang Hill.
.
Gerabak lama yg telah menjadi bahan sejarah di situ..
.
Stage yg selalu org buat show ular time weekend.
.
Pondok Polis Penang Hill
.
Sifu tgh repair tyre beskal aku yg pancit...
.
-- NIGHT RIDE TO PENANG HILL --
-- SERONOK! SERAM! SEJUK! --
-- KALAU NAK RASA DATANG LA SENDIRI --
.

Monday, May 3, 2010

KAYUHAN TERANG MALAM 2010

Saturday, 1 May 2010. Kayuhan Terang Malam 2010 kini telah melabuhkan tirainya. Inilah kali pertama aku menyertai Jamboree malam. Tp bg Aku & Sifu kayuh malam dah jadi rutin harian kami. Cuma time jamboree ni, lain dr yg lain sbb jalan2 yg diredah mmg mencabar & tak pernah kami lalui. Keseluruhannya, KTM2010 ni mmg best laaa. Walaupun keadaan trek yg lembik sbb hujan & menyukarkan kayuhan lebih2 lagi time mendaki, itu semua bukan penghalang buat aku. Seronok punya pasal, tolak pun tolak laa.. Janji sampai...
.
Baru sampai... kejap lagi nak pasang beskal plak..
.
Nak ambik wisel, tersilap kaunter bunga Kak Umi laa plak... Thanks Kak Umi coz bg jugak bunga kat saya time habis ride..
.
Dok kenang apa nak jadi malam ni? Jgn sesat sudah laa...
. Get Ready!!
. Starting line...
.
Ini dia .. Team "GIANT-WHEELER - KK Cycle"
.
Cabut!!!
.
Apa laa yg aku dok terkejut semacam jee tuu...
.
My Sifu in action. Tetap meneruskan kayuhan walaupun kakinya yg accdnt dulu dah sakit sbb kena tolak beskal panjat bukit...
.
Kayuh jgn tak kayuh...!!!
.
Aku baru tiba di garisan penamat... No-6.
. Alamak!! Apsal muka aku serious semacam jee??
.
Dapat medal.. jadi laa..
.
Lihat saja laa kesan penderaan KTM2010 kali ni. My MARIN dah selamat dicuci.. Hehehe. Tp pasni kena cuci SLUGGER laa plak. Huhuhuhu...
.
.
More Pictures & Stories @ :
http://adiharriman.com/blog/
http://reimipawana.blogspot.com/
http://pawanariders.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...