Sunday, November 23, 2008

KHAIRI - Pawana Riders

Ku ukir namaku sebagai Pawana Riders

Front View - ADIDAS logo

KHAIRI de Pawana Riders

Kayuhan Sepi Seorang Mountain Biker

Hari ni aku buat kayuhan sepi sambil makan angin. Pagi2 aku iku Mr Malik panjat Bukit Carpet. Pastu aku buat kayuhan solo pusing area dekat2 Bayan Lepas ni...Penutup kayuhan...aku singgah Kapitan isi perut...What a perfect ending of my Journey?
.
Lalang2 tegak berdiri...
.
Lepak2 kat padang sambil tengok kapal terbang...
.
Kampung Nelayan @ Teluk Tempoyak
.
Bot nelayan @ FIZ Phase 2...Tak gerak, weekend laa katakan...
.
Agilent Technologies - Ofis aku kat tingkat bawah sebelah kiri tuu...
.
Flyover to QuensbayMall...
.
Penang Bridge view from Hammer Bay
.
Lepak2 @ Hammer Bay sambil tgk orang BBQ...
.
Tgh panas terik (12.00 pm) @ Quensbay Mall
.
My favourite...Chicken Tandori @ Kapitan Restaurant.
Nyummy..Nyummy...
.

Saturday, November 22, 2008

Air Itam Dam, Iron Cross & Bukit Baru

Hari ni aku mengharungi laluan baru lagi berliku buat diriku. Seperti biasa DINAS menjadi medan pertemuan kami semua. Hari ni byk jugak geng2 MTB yg join....Memang syok habis. Dari Dinas kami berkayuh ke Air Itam Dam. Sekian lama aku tak ke sana, last sekali masa thn 1996 time aku Form 2. Pegi jogging dengan sepupu2 aku time aku lepak rumah Pak Tam aku kat Kuartes Polis Air Itam time cuti sekolah. Tak dapat aku bezakan, suasana dulu dan sekarang...

Dari Air Itam Dam kami menuju ke Iron Cross. Penuh cabaran time memalui Iron Cross. Peritnya, sampai kena angkat beskal sbb dua tiga batang pokok tumbang di samping duri2 Rotan Malau kata Pak Nasir merentangi lalaun. Tapi itulah cabaran sebagai Mountain Bikers. TAKE IT AS A POSITIVE CHALLANGES...Yeah!!!. Jambu ooooo Jambu..sedapnya tak terkira...Jambu yg bulat2 besar bewarna merah memang tak boleh tahan...Apa lagi...setelah Apek tu bg green light, kami belasah cukup2. Ucap terima kasih je laa kat dia then kami downhill ke Balik Pulau.

Last sekali, pendakian getir menjejak puncak Bukit Baru. Seperti baisa Raja Bukit (Pak Cik Shah) kita akan mendahului pendakaian. Berapa tiang dia tinggal pun aku tak tahu...Aku teruskan pendakian juga sehingga ke puncak...Pastu downhill ikut Cherry Blossom then balik rumah ikut haluan masing2...
.
Abg Wan & Uncle Wong @ DINAS
.
Kok Lek Si Tample
.
Di hadapan Kok Lek Si Tample
.
Kenangan di Air Itam Dam setelah 12 thn lalu kali terakhir aku menjejakinya...
.
Join auntie2 ni menari Tarian Poco Poco...Enjoy...
.
Kenangan di pondok kat atas Air Itam Dam sebelum ke Iron Cross
.
Laluan getir di Iron Cross
.
The best word for this picture is TEAMWORK!!!
.
Kenangan di Iron Cross
.
Puas makan Jambu...sebelum downhill...sempat lg snap satu photo...
.
Pemisah di antara kehijauan flora-fauna & kesibukan kotaraya...
.
Berehat sebentar kat Petronas Balik Pulau
.
My JAMIS TRAIL-X 3.0 ambik angin sebentar dgn background Balik Pulau yg mendamaikan sebelum meneruskan pendakian ke puncak Bukit Baru.

.

More Pictures :
http://picasaweb.google.com/khairi000007/AirItamDamIronCross#

Tuesday, November 18, 2008

Trailcam @ BM Jamboree

Hari Isnin lepas aku jumpa ngan sorang blogger, Zeiman50 (PENANG MTB). Dia ada koleksi gambar2 dr cameraman yg berada di sepanjang trek semasa BM Jamboree tempoh hari. Lebih kurang 4000 gambar dan dlm byk2 tu ada jugak terselit aksi2 aku di hari tersebut...Hihiihi



Aksi hebat & bertenaga


Pantas memacu masa.....

Dari sudut belakang...

Checkpoint!!..Nak air!!!... Nak pisang!!!..

Jgn tanya banyak aaa...dah penat ni...

Nasib baik tolong bukak kulit pisang...sejuk hati...

Keperitan ini mendewasakan aku...
Never...Never...Never...Give-Up!!!
Taiping Jamboree ....Revenge!!!

Sunday, November 16, 2008

Kayuhan Bersama Otai

Weekend lepas aku berbasikal lagi setelah pulang dgn penuh kekecewaan di BM Mountain Cross 2008 dua minggu lepas. Kali ni aku lakukan persediaan rapi menjelang Kayuhan Warisan Taiping 2008 sebagai penutup MTB Jamboree pd tahun ni. Aku kena prepare cukup2 dgn harapan di hari jambore nanti semuanya berjalan lancar dan tercapai matlamat aku utk TOP 50. Minggu2 mendatang ni akan kuhabiskan dgn kayuhan mencabar dan jarak2 yg jauh khas utk Taiping Jamboree nanti.
.
Minggu ni, 2 hari aku lalui laluan baru yg belum pernah aku tempuhi sebelum ni dgn 2 org otai. Seorang Raja Bukit (P.Cik Shah) dan seorang lagi Raja Downhill (Pak Nasir). Mmg usia bukan alasan bg kedua-dua mereka. Walaupun orang kata “lahir dulu” dr kita..tapi kekuatan, ketangkasan dan semangat mereka cukup luar biasa. Respect hasbis laaa…
.
Hari Sabtu aku pegi ke Bukit Serani. Nama dia Serani kerana kat kaki bukit tu ada Tanah Perkuburan Serani. Cukup mencabar, aku rasa ini laa trek yg paling ganas yg pernah aku lalui sejak aku join MTB ni. Sampai atas cukup puas, pastu kami downhill dan pegi mandi kat air terjun. Kami sempat siapkan satu dam utk mandi manda kat situ. Harap2 kalau pegi sekali lg, binaan kami tu masih kukuh di situ. Sayangnya..aku tak bawak camera time tu. So, takdalah gambar2 kenangan di air terjun...
.
Hari Ahad, tinggal kami bertiga saja (Aku, P.Cik Shah & Pak Nasir). Kami plan Dinas - Carpet – Balik Pulau – Pulau Betong – Kebun Pisang – Teluk Kumbar – Dinas). Malangnya di atas Bukit Carpet JAMIS aku baut hal lagi, Kali ni brake dia plak problem. Nasib baik otai2 ni ada tolong repair. Kalau tak aku tolak balik laa. Thanks jugak kat Wan coz bg pinjam tools dan spray luka dia. Disebabkan masalah ni, plan terpaksa diubah. Kami turun Balik Pulau, then naik Bukit Genting ikut jalan hutan. Aku ingatkan jalan biasa jee, tp lebih teruk dari Bukit Serani semalam. Tak caya pegi try sendiri laa.... Raja Bukit relax jee naik, pastu Raja Downhill plak tunjuk skill turun bukit. Hebat2…
.
Kesimpulannya, 2 hari ni aku telah melalui 2 laluan baru yg cukup mencabar, tp penuh dgn keseronoka yg tak terungkap dgn kata2.
.


DINAS. Di sini la tempat berkumpul setiap hujung minggu...


Kabus pagi memecah di sinari sang suria...


Deruan air di kaki Bukit Carpet yg tak pernah putus...


Injured…time repair brake kat atas Bukit Carpet...

Raja Bukit

Raja Downhill

Aku...

Kenangan di Bukit Genting

JAMIS TRAIL-X 3.0 front cam...

JAMIS TRAIL-X 3.0 in action...


Berehat sebentar di Teluk Kumbar. Thanks to Abg Wan coz belanja minum...

More Picutres...

http://picasaweb.google.com/khairi000007/PendakianYangGetir#

Monday, November 10, 2008

BM Mountain Cross 2008

Kali pertama aku menyertai MTB Jamboree sejak lebih kurang 5 bulan aku ngan XTVT MTB ni. Memang mencabar, menyeronokkan, menguji ketahanan mental dan fizikal dan kekadang nak marah pun ada kat organizer sbb buat trek utk tolak basikal bukannya kayuh basikal. 80% tolak jee..mana tak hangin satu badan. Sampai satu masa bukannya aku yg kayuh beskal, tp dia yg naik atas bahu aku..memang melampau betul laaa...
.
Dah nama pun Mountain Cross, mmg dia suruh cross bukit-bukau dan gunung-ganang sampai lembik kaki laaa. Aku pun tak kira berapa banyak bukit-bukau yg aku redah. Tp memang banyak laaa...Jgn harap laaa nak jumpa tanah rata...Naik bukit, turun bukit, naik bukit, turun bukit...sampai laaa ke garisan penamat. Mmg ramai jugak laa yg tak puas hati dengan trek kali ni. Ada yg kata "trek nak bunuh orang" laa, "organizer ni gila buat trek bukan-bukan" laa, ini "JAMBOREE ke JAM-BORING" sbb kena tunggu lama masa nak panjat bukit dan macam2 lagi. Aku pun turut serta dalam proses mengata organizer jamboree kali ni...Hihihihihihi...
.
Becakap pasal matlamat aku masa Jamboree kali ni, aku cukup kecewa....Di saat aku memecut di jalan raya, tetiba kaki aku rasa melayang-layang jee... What Happen???? Alamak ...rantai beskal aku putus laaa...Arrrrgggghhhh.....baru 5km jee..dah buat hal. Di saat tu aku dah rasa matlamat TOP 50 aku hanya angan2. 45 minit aku tergendala..sampai sorang pun dah takda kat belakang. Tinggal aku dan 2 org geng Pawana Riders saja yg membantu. Itu adalah pengalaman berharga buat aku...Kena set lain kat Taiping nanti...

.
.


Bersedia... di garisan permulaan...


JAMIS aku buat hal...Thanks to Suhairi & Abg Mizee kerana membantu...


Penat menununggu orang daki gunung..mmg slow


JAMIS TRAIL-X 3.0 in action...Di tebing Mengkuang Dam


Berehat sebentar...ini bukit no berapa pun tak tau laa...


Makan time....dah kelaparan ni....

Akhirnya, ku tawan juga bukit-bukau di BM kali ni walapun pelbagai rintangan ditempuhi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...