Monday, August 18, 2008

100 km

Last weekend aku menghabiskan masa dngan XTVT berbasikal jee..Jarak 100km telah aku lengkapkan selama 2 hari berkayuh. Satu pengalaman baru....
.
Sesi hari Sabtu..sejauh 55km...
.
Distance = 55km
Cyling Time = 3 hours 7 minutes
Max Speed = 53 km/h
Avarage = 16 km/h
Time = 7.30 AM -12.45 PM

.
HOME - SG ARA - BUKIT CARPET - BALIK PULAU - PASIR PANJANG (KEBUN PISANG) - TANJUNG ASAM - GERTAK SANGGUL - TELUK KUMBAR - SG ARA - HOME.
.

Sesi hari Ahad plak sejauh 45km...
.
Distance = 45km
Cyling Time = 3 hours 20 minutes
Max Speed = 44 km/h
Avarage = 13.5 km/h
AM Time = 7.15 AM - 10.45 AM
PM Time = 5.00 PM - 6.45 PM

.
AM -- HOME - SG ARA - BUKIT RUMAH BIRU - BUKIT CARPET - SG ARA - HOME.
PM -- HOME - SG ARA - BUKIT CARPET - SG ARA - HOME.
.
Memang aku kehilangan banyak tenaga sepanjang perjalanan hujung minggu lepas. Tp demi kesihatan yg optimum aku meneruskannya bersama semangat kental PAWANA RIDERS...Kayuhan minggu lepas adalah yg terjauh pernah aku lakukan. Yg paling best pernah aku lalui terutamanya pada hari Sabtu. Hujung minggu ni aku akan meneroka satu pendakian baru di Bukit Mertajam (Sg Lembu) sebagai persediaan ke BM MTB Jamboree.
.
.

Friday, August 15, 2008

My Bike in My Room

Satu malam yg bosan...aku dah tak tau nak buat apa. Aku pun ambik laa camera dan mula snapping beskal aku yg terdampar kat kaki katil aku... Dah 2 minggu dia tak bergerak..Last week aku balik kampung, so tak boleh laa nak ride. Gian gila dah ni....


Di hujung katilku..inilah tempat tinggalnya...Hujung minggu jee aku bawak dia jalan2..

From back side

Front view

Body

Seat (To be modified)

Rear side (To be modified)

RST GILA T8

Disc brake

Crank (To be modified)

Helmet (Iron Mag)

Pantulan cermin almari..

Sebelum tido...naik beskal dulu baru boleh tido lena..

Monday, August 11, 2008

XPDC - Back To Nature

Tanggal 3 August 2008, Kembara yg dinamakan "Back To Nature" telah bertolak dari Pulau Pinang menuju ke Negeri Perak Darul Ridzuan. Sebanyak 14 buah kereta yg dianggotai dari pelbagai lapisan umur turut menyertai kembara yg penuh cabaran suka duka sepanjang perjalanan.
.
Perjalanan bermula dari Market Bayan Baru apabila pihak pengurusan telah keluar rumah seawal pukul 6.30 pg untuk membeli persiapan makan tengahari. Sejurus itu pada pukul 7.40 pg kami memulakan perjalan dari market merentas Jambatan Pulau Pinang meniggalkan pulau mutiara yg kami diami selama ini. Satu perubahan dari kehidupan dikelilingi lautan kepada kehidupan yg dikelilingi flora & fauna.
.

.
Pada pukul 8.00 pg perjalanan diteruskan dari hentian selepas Penang Bridge ke Kulim. Menuju ke Kulim melalui BKE. Kembara terpaksa berenti di Petronas BKE apabila ada anggota kembara yg tersalah jalan apabila berada di Bulatan Seberang Jaya. 15 minit selepas itu ianya kembali seperti sediakala sehingga ke Politeknik Kulim. Kadar kelajuan hanya 60-80 km/h.
.
Lebih kurang pukul 8.45 pg kembara tiba di Politeknik Kulim. Hentian ini megambil masa 25 minit untuk menunggu perserta2 Kembara yg lain untuk tiba.Lebih kurang pukul 9.10 pg kami meneruskan perjalanan tanpa henti ke Lokasi XPDC "Back To Nature". Seawal jam 10 pg kami tiba di lokasi. Deretan kereta perserta Kembara mula memenuhi ruang halaman rumah. Nasib baik ianya mampu untuk menampung kuantiti sebanyak lebih kurang 20 buah kereta.
.

.
Aktiviti dimulakan degan menikmati hasil tani yg tiada tandingan. Tidak akan terdapat di US, UK, AUS, EU, JPN. Hanya terdapat di MALAYSIA bumi tercinta. Buah-buahan sudah tersedia untuk di kupas dan dinikmati sahaja. Namun ada yg tidak puas kerana begitu mudah mendapatkannya. Kini mereka ke dusun sendiri untuk menikmati suasana memetik buah dan memungut durian yg gugur ke bumi. Nyata kepuasan dalam kepenatan terpancar disetiap wajah setiap anggota kembara kali ini.

.


Aktiviti seterusnya ialah memasak lauk pauk untuk hidangan tengahari. Seakan kenduri suasana hari itu. Cukup meriah. Gelak tawa dan titisan keringat si pembakar ikan yg bertungkus lumus menyalakan unggun api, berbaloi setalah apa yg mereka usahakan berjaya membuahkan hasil. Antara hidanagn hari tu ialah Sambal Tumis Petai, Gulai Nangka, Ikan Keli Bakar, Ikan Cencaru Sumbat, Ulam-ulaman, Tempoyak dsb.

Seterusnya, aktiviti mandi manda di "Lata Panggung". Perjalanan hanya 500m dar tempat lokasi. Airnya yg cantik dan jernih memikat hati setiap perserta. Ternyata segala kesulitan semasa perjalanan ke lokasi berbayar apabila masing2 menenangkan diri di dalam air bak berada di SPA & Jakuzzi. Si kecil yg menggigil, namun tidak mahu pulang masih riang menikmati kesejukan air yg memang tidak terdapat di bandar. Iutlah ciptaan-Nya.

MAKAN TIME!!!!!! Inilah padahnya bila madi lama2. Mesti lapar tahap maksimum punya. Peserta2 XPDC menuhi ruamg tamu untuk menikmati juadah yg telah disediakan. Walaupun agak padat, tapi ianya tidak dihiraukan. Janji perut yg lapar terisi. Pihak pengurusan akan menyediakan kanopi pada sesi akan datang untuk keselesaan peserta. Jangan bimbang!! Selesai makan semua nya dok berehat kekenyangan sambil menonton tv, makan buah-buahan dan membelek album2 gambar lama.

Di dinihari, semuanya bersiap2 untuk pulang. Tetiba peserta terakhir muncul. Di sorak bagaikan YB beliau dan keluarga hari itu. Namun itu bukan penghalang untuk beliau menikmati kesejukan air terjun dah kelazatan juadah serta buah-buhan tropika hari itu.
.
Menjelang pukul 4.30 ptg, sedikit2 demi sedikt perserta beransur meninggalkan perkarangan lokasi untuk pulang ke rumah masing2. Sempat juga ada yg berhenti di gerai2 buah untuk mengisi bonet yg masih kosong dgn buah-buhan hutan hujan tropika ini.
.
Ada juuga perserta Kembara yg tersasar hingga ke lewat malam kerana pergi bersiar-siar ke Zoo Taiping (Night Safari) & Taman Tasik. Hihihii...Pukul 12 malam baru samapai Penang. Siapakah mereka itu???
.
Begitulah hikayatnya sebuah XPDC yg bernama "BACK TO NATURE" yg pasti dingati setiap perserta tidak kira kecil atau besar, tua atau muda...
Sekian....
.
.

Saturday, August 2, 2008

Training - 2 / August 08

Keseluruhannya..hari ini adalah training rutin bg Pawana Riders termasuklah aku, pada hari Sabtu. Kedua-dua bukit ni mesti ditawan bg memastikan stamina setiap rider pada tahap optimum. Aku berjaya membuat perubahan pada hari ini. Sebelum ni aku kena byk kali berenti rehat kat check point. Tp minggu ni ada improvement. Blue house aku berenti sekali jee. Carpet non stop sampai atas. Matlamat lepas ni..mesti buat check point kat atas puncak bukit jee.
.
Training Summary

Date : 2/ August / 2008
Time : 8.45 am - 11.45 am
Location : Pusat Latihan Pawana Riders (Rumah Biru & Bukit Carpet)
Start -End : Home-Dinas Sg Ara-Blue House-Carpet-Dinas Sg Ara-Home


Distance : 25 km
Max Speed : 44 km/hour
Avg Speed : 12.7 km/ hour
Time : 1 hour , 58 minutes
.

Monday, July 28, 2008

SP Jamboree Jersey

Wow!!!...Jersey SP Jamboree latest design ni mmg cantik habis. Tak sabar aku nak memilikinya. Walaupun aku terkilan kernana tak dapat menyertainya...namun aku berpuas hati kerana mendaftar jugak untuk Jamboree ni. For sure..aku akan memiliki Jersey ini sebagai kenangan yg terindah.Warna kuning & biru tuu..mmg perfect combination laa...Tak sabar nak menggayakannya..

Front View

Back View

Sunday, July 27, 2008

Penang Bicycle Campaign 2008

Pagi ni aku berkayuh ke Georgetown utntuk menyetai Penang Bicycle Campaign 2008 anjuran Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Betolak dr Bayan Baru pd pukul 6.50 pg n sampai kat Pejabat Pos Besar Pulau Pinang pada pukul 7.20 pg. Hari ni cuma 3 org ja PAWANA RIDERS yg menyertainya..Aku, Mr Raif & his son Rauf. Tgh jalan tuu..jumpa laa ngan geng2 lain..

Lepas kayuh dia bagi sijil gan roti buat alas perut...ingatkan KFC ke Mc'D kee? Huhuhuhu.. Kesimpulannya..hari adalah sesi kayuhan suka2 sejuah 45km dari Shell Bayan Baru - Pejabat Pos Beasar PP- Georgetown- Gurney Drive- Pejabat Pos Besar PP - Bayan Baru (balik rumah daa..cuci beskal)



Campaign Poster
Ribuan perserta (2000+) turut serta...

Sunday, July 20, 2008

Pawana Riders - First Meeting

Hari ni first meeting members of Pawana Riders kat Penang. Pada hari ni dapatlah kami berkenalan sesama sendiri. Sebelum ni cuma dalam email jee. Ahli Pawana Riders dari Tanah Besar yg diketuai oleh Pak Dam T-Bolto menyahut cabaran ke Bukit Rumah Biru buat pertama kali. Tuan rumah (Penang) terdiri dari Chief Raif and Juniornya, aku dan Zuhai. Ternyata mereka bersemangat demi Pawana Riders. Terdengar laungan "PAWANA" membuatkan semuanya teruja untuk meneruskan pendakian walaupun ada yg terpaksda menolak jentera mereka, ada yg mengalami masalah gear pada jentera, dah ada pula yg hampir2 give-up. Semangat setiakawan sebagai satu team jelas terpancar di riak wajah Pawana Riders. Syabas!!!

Sekarang ni dah tak leh tido lena every weekened. Mesti bangun awal dan bersiap2 untuk berkayuh....HIDUP PAWANA RIDERS!!!




Aku dan Jamisku..

Check point between Bukit Rumah Biru & Bukit Carpet


Pawana Riders selepas berjaya menawan Rumah Biru


More Pictures
http://picasaweb.google.com/khairi000007

Saturday, July 12, 2008

Cyling XTVT - Bukit Rumah Biru

Kejayaan kali pertama mendaki di Bukit Rumah Biru bersama my ride (JAMIS TRAIL_X 3.0) amat bermakna.Dengan adanya caoch (Mr Raif Turbo) yg berpengalaman, yg sedia memberi tunjuk ajar di samping others (Kenny, Zuhai n Mr Nan) menjayakan keazaman aku berkayuh ke atas.

Cabaran pendakian yg pertama. Air yg tenang jgn disangka tiada buaya!!! Lepas kayuh kena baham ngan buaya pun dah tak melawan dah...Penat siut...

Chief Raif Turbo memulakan kayuhan sambil mendidik ahli2 baru cam aku ni. Tabik laa coach.. Relax jee panjat bukit.

Berehat seketika sambil minum air. Lepas ni kena bawak tong boh atas belakang. Kekeringan air tahap padang pasir. Huhuhuhuhu.....


Inilah rumah biru yg tak berpenghuni. Setiap riders mesti jumpa rumah ni sebagai syarat dia telah menawan Bukit Rumah Biru.

Pawana Riders - From Left (Aku, Kenny, Pak Nan, Raif Turbo) & Cameraman yg tak kelihatan - Zuhai

Sunday, July 6, 2008

My Bike - JAMIS TRAIL-X 3.0

Baru beri MTB.
JAMIS TRAIL-X 3.0
Pastinya jentera inin akan di-upgrade sedikit demi sedikit..

http://www.jamisbikes.com/



As in the catalog

First time in action

DETAIL SPECIFICATIONS

FRAME
New Enduro II frame design, 7005 aluminum
main tubes, replaceable derailleur hanger.

FORK
RST Gila T8 with MCU, external preload,
80mm travel.

WHEELS
Weinmann ZAC-19 double-wall, eyeleted rims,
Formula alloy disc hubs, stainless steel spokes.

TIRES
CST ATB, 1.95”.

DRIVETRAIN
Shimano Acera rear derailleur, ST-EF50 EZ-Fire
8-speed shifters, SR XCC-150 crankset 42/34/24T
with sealed cartridge BB.

COCKPIT
Riser bar, alloy threadless stem,
alloy micro-adjust seatpost, Jamis XC saddle.

BRAKESET
Tektro IO-X cable-actuated disc brake
and Shimano ST-EF50 levers.

Tuesday, July 1, 2008

My Blog

Salam....
Baru nak belajar jadi blogger ni...
Selamat melayari blog ni ..

Nak komen , komen je laa..
Positive @ Negative tak kisah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...