Wednesday, July 22, 2009

UUM JAMBOREE 2009 - UUM XC-R '09

UUM Jamboree dah selesai... aku dpt No 25 jugak sama macam Nibong Tebal last month. Kayuhan kali ni tidak mencapai sasaran TOP20 yg aku target sebelum race. Mungkin dah start dari belakang and downhill jatuh tergolek. Cakap pasal Downhill, aku memang merayap macam semut... Tak tahu laa macam mana nak improve... Sapa ada idea? Tolong laa aku coz time panjat bukit aku slumber jee tinggal orang, tapi time downhill, yg aku potong tadi, macam lipas kudung tinggal aku... Geram punya pasal, aku pun laju gak.. pastu makan tanah laa jawapnya... Hihihi
.
Trek plak memang mencabar. Malam sblm tuu hujan plak tuu... apa lagi, pagi tu jadi sawah laa... kat air terjun berbatu pun best gak.. Bukit dia OK laaa. Downhill dia pada yg pakar memang layan laaa... Overall trek mmg best!!!
.
Tp malangnya, ORGANIZER plak yg tak berapa best... Kata nak start awal, tgk2 pukul 8.00 pg baru start. Dah laa tuu, lori air tuu jgn laa nak lalu kat situ jugak kalau dah tahu rider dah kumpul. Banyak lagi jalan lain yg boleh lalu kan.. Ramai jugak yg kecewa coz tadak sambuatan time sampai ke garisan penamat... Organizer buat tak tahu jee bila dah lepas 150 orang... Diaorang pun bayar RM50 jugak.. So, kena laa tuggu, at least 75% sampai kee ok laaa... Makan plak.. resepi plg sedap laa sepanjang jamboree yg aku join. Nasi putih ngan kari ayam kuah minyak yg tawar campur telur rebus. Huhuhuhuhu...sedap sangat laa tuu....
.
...WAHAI ORGANIZER...
"LU PIKIR LAA SENDIRI!!!"
.
Di F-MAS Motel.. .dah siap setting my JAMIS
.
Starting point... Ramai ooooo...
.
Kenangan sblm berlepas... Lepas ni jersey tak putih lagi dah...
.
Semua dah penat tunggu... bosan tahap cipan dah nii...
.
Ngan salah sorang rider...
.
Mencari ilham sebelum kayuhan...
.
Itu dia dah sampai... NO25 jugak...
.
Posing bawah pokok plak...
.
Aku, Fauzi & P.Cik Mat Komando
.
Aku & Fauzi... Fauzi awat turun rank dari Nibong Tebal?
.
Ngan Johan yg baru kenal seminggu sblm Jamboree... Jumpa time training ngan Sifu kat Balik Pulau..
.
Abg Wanto, Aku & P.Cik Mat Komando
.
Rasa macam juara plak... Hahaha
.
Dok tunggu Hadiah apa laa yg boleh bawak balik rumah...
.
More Pictures...

Tuesday, July 21, 2009

UUM Jamboree - Post Mortem

UUM XC-R'09 POST MORTEM

Post mortem of my performance in UUM XC-R 2009
.
Distance : 40 km
Average : 17.9 km/h
Max Speed : 45.5 km/h
Time : 2h.11m.57s
Calories Burned : 632.7 Cal
.
Started : 8.00 am
Finished : 10.11 am
.
CP1 : N/A
CP2 : N/A
CP3 : N/A
CP4 : N/A
CP5 : N/A
Final Position : 25

.
OBJECTIVE

TOP20, at least TOP30 (FAIL)
No pushing (PASS)
No Muscle Hamstring (PASS)


Bersama CAP NO25 yg dimenangi...

Thursday, July 16, 2009

Evening Ride - Penang Hill

Petang Selasa lepas aku & Sifu pergi ke Penang Hill. Gatal2 kaki nak panjat Penang Hill. Sifu pun bawak laa... Aku tak kisah.. Ini adalah sebahagian dr UUM Training bg aku... Kami kayuh dari Sg. Ara pukul 5.30 ptg. Santai2 sampai laa ke Penang Hill dalam pukul 6.10 ptg.. Pastu minum2 kat kedai mamak, then dalam pukul 6.25 ptg kami panjat Penang Hill. Tgk jalan dia rasa cam perit, bg aku yg 1st time ni... Sifu kata biasa jee.. Betul laa.. kalau slow2 naik atas .. mmg tak penat langsung... Sampai 84 lebih kurang pukul 7.00 mlm. Lepak2 sambil minum dulu. Pastu kami sabung skit lagi .. then lebih kurang pukul 7.20 mlm kami patah balik sebab hari dah gelap... Last sekali kayuh balik rumah. Pukul 8.10 mlm baru sampai rumah... Best Giler!!!!
.
On the way ke Air Itam Town
.
JAMIS ku sedang beraksi...
.
Geng2 Hiking dok start nak panjat dah..
.
Kenangan di kaki Bukit Bendera... Sebelum kerahan tenaga...
.
Aski Samar2 - Pak Cik Shah In Action...
.
Aksi Samar2 - Aku sedang merengkuh...
.
Aksi Samar2 - Angle lain plak...
.
JAMIS aku yg baru baik dari kecederaan, dah dipaksa untuk bekerja keras..
.
Salah satu sudut di 84
.
Lepak2 sambil minum2 kat 84 sblm sambung skit lagi...
.
84 Hill
.
Jom balik...

Sunday, July 5, 2009

Semakin Dikenali...

Nampaknya... Pencarian aku bersama Pak Cik Shah & Pak Nasir sebulan yg lepas membuahkan hasil. Kini trek yg kami terokai semakin menjadi buah mulut dikalangan riders. Hari ni, segerombolan 15 riders yg diketuai oleh Pak Nasir & Uncle Wong telah menjelajah ke sana walaupun sedikit perbezaan dari segi permulaan perjalanan asal semasa kami terokai dulu. Saksikanlah rentetan penerokaan getir, berliku dan berduri dibawah redup hutan belantara serta bermandi keringat di panah mentari sebelum berakhirnya penerokaan ini...
.

DINAS... Masih menajadi destinasi utama setiap riders..

Take-5 kat Pit Stop sebelum naik Carpet Hill...
.

Carpet Hill. Thanks to the owner coz bg kita orang lepak2 kat sini hampir setiap hari... Dah macam tanah sendiri dah...
.
Mencari keyakinan dan kekuatan sebelum DH ke Balik Pulau...
.
Abg Aziz & Geng...
.
Ni geng kami plak...
.
Pendakian Menuju Puncak Hilton
.
Peace Ride...
.
Itu dia ... Fauzi dok pumping sebelah kaki... Anak Wayang betul... Hihihi
.
Sikit lagi... P.Cik Mat...
.
Pak Nasir & Yeoh...
.
Kenangan di HILTON... Mana Paris Hilton ni... Tak jamu air pun... Tak pun tolong laa urut2 kee... Ok laa jugak...
.
Lepak kejap kat sini, sambil layan angin yg bertiup syahdu...
.
Dok tunggu rider yg belum sampai...
.
Yeah!!!
.
Kenangan @ Kebun Bunga Dahlia..
.
Simpang 5 - Discussion in-progress.
.
Baru lepas DH ke Paya Terubong...
.
100++ Degree Celcius... Please Don't Touch
.
Pit Stop 7-11 kat Paya Terubong sebelum panjat Bukit Paya Terubong ke Bayan Baru...

Sunday, June 28, 2009

Extreme Ride

Sabtu, 7.30am, 27 Jun 2009, diketuai oleh Pak Cik Shah, di selenggara oleh Abg Sofi, dimeriahkan oleh Pak Nana, disertai oleh beberapa orang riders lagi termasuk 2 orang dari Tanah Seberang, kami meneroka ke laluan getir dan extreme di Penang … Our Captains Mr. Shah & Ketua Rombongan, Mr. Sofi yg cukup berpengalaman dgn selok belok bukit-bukau Penang ni, telah mendera kami semua secukup-cukupnya…
.
Pada mulanya, semua bersemangat dan bertenaga. Tp bila semua botol telah ketandusan air, ada yg dah mula menunjukkan riak2 kepenatan dan keletihan. Ada dah yg nak minum air parit yg mengalir, tp dilarang oleh captain sebab beracun dan tercemar. Hampir sejam kekeringan air, kami jumpa jugak checkpoint. Lega rasanya. Ingatkan seksaan dah berakhir, rupanya belum lagi. Kami dikerah lagi untuk mendaki dan menuruni jalan2 licin dan berliku.. dan sekali lagi kami ketandusan air.
.
Namun perit getir ini kami tempuhi jugak, sebab nak patah balik pun sama jauh jee dengan nak habiskan penjelajahan kali ni… Menjelang 12.00 pm kami masih mengerah keringat di belantara ini. Akhirnya, lebih kurang 2.00 ptg, baru la kami dapat keluar dari perjalanan yg menyiksakan ni, namun aku tetap puas dan gembira sebab aku anggap ni sebagai latihan ketahan diri, mental dan fizikal sebelum ke UUM Jamboree July nanti. Satu lagi kayuahan extreme menanti kami selepas ini…
.

Di sinilah... Keperitan kami bermula...
.

Ketua Rombongan.. Mr . Sofi
.
Dok tunggu Pak Nana yg terlebih power kayuh sampai Titi Kerawang..
.
Take-5, sambil tunggu member2 lain...
. Di lereng gunung yg menghijau...
. Pak Nana... muka bulat sampai kecut dah...
. Jai < http://jai2u.blogspot.com/ >
. Tetap macho bergaya walaupun hakikatnya.. separuh nyawa dah...
. Tgk Captain kita..relax jee lepak kat beskal dia..
. What A Wonderful World!!!
. Malaysian's Next Top Models
.Celah2 hutan pokok kantan...
. Masih ada lagi yg blum sampai...

More Pictures & Stories
http://picasaweb.google.com/khairi000007/ExtremeRide#

http://jaiz2u.blogspot.com/

http://sanrabb69.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...