Monday, August 11, 2008

XPDC - Back To Nature

Tanggal 3 August 2008, Kembara yg dinamakan "Back To Nature" telah bertolak dari Pulau Pinang menuju ke Negeri Perak Darul Ridzuan. Sebanyak 14 buah kereta yg dianggotai dari pelbagai lapisan umur turut menyertai kembara yg penuh cabaran suka duka sepanjang perjalanan.
.
Perjalanan bermula dari Market Bayan Baru apabila pihak pengurusan telah keluar rumah seawal pukul 6.30 pg untuk membeli persiapan makan tengahari. Sejurus itu pada pukul 7.40 pg kami memulakan perjalan dari market merentas Jambatan Pulau Pinang meniggalkan pulau mutiara yg kami diami selama ini. Satu perubahan dari kehidupan dikelilingi lautan kepada kehidupan yg dikelilingi flora & fauna.
.

.
Pada pukul 8.00 pg perjalanan diteruskan dari hentian selepas Penang Bridge ke Kulim. Menuju ke Kulim melalui BKE. Kembara terpaksa berenti di Petronas BKE apabila ada anggota kembara yg tersalah jalan apabila berada di Bulatan Seberang Jaya. 15 minit selepas itu ianya kembali seperti sediakala sehingga ke Politeknik Kulim. Kadar kelajuan hanya 60-80 km/h.
.
Lebih kurang pukul 8.45 pg kembara tiba di Politeknik Kulim. Hentian ini megambil masa 25 minit untuk menunggu perserta2 Kembara yg lain untuk tiba.Lebih kurang pukul 9.10 pg kami meneruskan perjalanan tanpa henti ke Lokasi XPDC "Back To Nature". Seawal jam 10 pg kami tiba di lokasi. Deretan kereta perserta Kembara mula memenuhi ruang halaman rumah. Nasib baik ianya mampu untuk menampung kuantiti sebanyak lebih kurang 20 buah kereta.
.

.
Aktiviti dimulakan degan menikmati hasil tani yg tiada tandingan. Tidak akan terdapat di US, UK, AUS, EU, JPN. Hanya terdapat di MALAYSIA bumi tercinta. Buah-buahan sudah tersedia untuk di kupas dan dinikmati sahaja. Namun ada yg tidak puas kerana begitu mudah mendapatkannya. Kini mereka ke dusun sendiri untuk menikmati suasana memetik buah dan memungut durian yg gugur ke bumi. Nyata kepuasan dalam kepenatan terpancar disetiap wajah setiap anggota kembara kali ini.

.


Aktiviti seterusnya ialah memasak lauk pauk untuk hidangan tengahari. Seakan kenduri suasana hari itu. Cukup meriah. Gelak tawa dan titisan keringat si pembakar ikan yg bertungkus lumus menyalakan unggun api, berbaloi setalah apa yg mereka usahakan berjaya membuahkan hasil. Antara hidanagn hari tu ialah Sambal Tumis Petai, Gulai Nangka, Ikan Keli Bakar, Ikan Cencaru Sumbat, Ulam-ulaman, Tempoyak dsb.

Seterusnya, aktiviti mandi manda di "Lata Panggung". Perjalanan hanya 500m dar tempat lokasi. Airnya yg cantik dan jernih memikat hati setiap perserta. Ternyata segala kesulitan semasa perjalanan ke lokasi berbayar apabila masing2 menenangkan diri di dalam air bak berada di SPA & Jakuzzi. Si kecil yg menggigil, namun tidak mahu pulang masih riang menikmati kesejukan air yg memang tidak terdapat di bandar. Iutlah ciptaan-Nya.

MAKAN TIME!!!!!! Inilah padahnya bila madi lama2. Mesti lapar tahap maksimum punya. Peserta2 XPDC menuhi ruamg tamu untuk menikmati juadah yg telah disediakan. Walaupun agak padat, tapi ianya tidak dihiraukan. Janji perut yg lapar terisi. Pihak pengurusan akan menyediakan kanopi pada sesi akan datang untuk keselesaan peserta. Jangan bimbang!! Selesai makan semua nya dok berehat kekenyangan sambil menonton tv, makan buah-buahan dan membelek album2 gambar lama.

Di dinihari, semuanya bersiap2 untuk pulang. Tetiba peserta terakhir muncul. Di sorak bagaikan YB beliau dan keluarga hari itu. Namun itu bukan penghalang untuk beliau menikmati kesejukan air terjun dah kelazatan juadah serta buah-buhan tropika hari itu.
.
Menjelang pukul 4.30 ptg, sedikit2 demi sedikt perserta beransur meninggalkan perkarangan lokasi untuk pulang ke rumah masing2. Sempat juga ada yg berhenti di gerai2 buah untuk mengisi bonet yg masih kosong dgn buah-buhan hutan hujan tropika ini.
.
Ada juuga perserta Kembara yg tersasar hingga ke lewat malam kerana pergi bersiar-siar ke Zoo Taiping (Night Safari) & Taman Tasik. Hihihii...Pukul 12 malam baru samapai Penang. Siapakah mereka itu???
.
Begitulah hikayatnya sebuah XPDC yg bernama "BACK TO NATURE" yg pasti dingati setiap perserta tidak kira kecil atau besar, tua atau muda...
Sekian....
.
.

1 comment:

Anonymous said...

weii... ader trip g zoo taiping x add skali ker??? safari nite tue...hahaha:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...