Monday, November 10, 2008

BM Mountain Cross 2008

Kali pertama aku menyertai MTB Jamboree sejak lebih kurang 5 bulan aku ngan XTVT MTB ni. Memang mencabar, menyeronokkan, menguji ketahanan mental dan fizikal dan kekadang nak marah pun ada kat organizer sbb buat trek utk tolak basikal bukannya kayuh basikal. 80% tolak jee..mana tak hangin satu badan. Sampai satu masa bukannya aku yg kayuh beskal, tp dia yg naik atas bahu aku..memang melampau betul laaa...
.
Dah nama pun Mountain Cross, mmg dia suruh cross bukit-bukau dan gunung-ganang sampai lembik kaki laaa. Aku pun tak kira berapa banyak bukit-bukau yg aku redah. Tp memang banyak laaa...Jgn harap laaa nak jumpa tanah rata...Naik bukit, turun bukit, naik bukit, turun bukit...sampai laaa ke garisan penamat. Mmg ramai jugak laa yg tak puas hati dengan trek kali ni. Ada yg kata "trek nak bunuh orang" laa, "organizer ni gila buat trek bukan-bukan" laa, ini "JAMBOREE ke JAM-BORING" sbb kena tunggu lama masa nak panjat bukit dan macam2 lagi. Aku pun turut serta dalam proses mengata organizer jamboree kali ni...Hihihihihihi...
.
Becakap pasal matlamat aku masa Jamboree kali ni, aku cukup kecewa....Di saat aku memecut di jalan raya, tetiba kaki aku rasa melayang-layang jee... What Happen???? Alamak ...rantai beskal aku putus laaa...Arrrrgggghhhh.....baru 5km jee..dah buat hal. Di saat tu aku dah rasa matlamat TOP 50 aku hanya angan2. 45 minit aku tergendala..sampai sorang pun dah takda kat belakang. Tinggal aku dan 2 org geng Pawana Riders saja yg membantu. Itu adalah pengalaman berharga buat aku...Kena set lain kat Taiping nanti...

.
.


Bersedia... di garisan permulaan...


JAMIS aku buat hal...Thanks to Suhairi & Abg Mizee kerana membantu...


Penat menununggu orang daki gunung..mmg slow


JAMIS TRAIL-X 3.0 in action...Di tebing Mengkuang Dam


Berehat sebentar...ini bukit no berapa pun tak tau laa...


Makan time....dah kelaparan ni....

Akhirnya, ku tawan juga bukit-bukau di BM kali ni walapun pelbagai rintangan ditempuhi...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...