Hari Aku, Pak Nasir & Goh join PinkBike cycling dr Relau ke Air Itam Dam. Seramai lebih kurang 16 orang yg join trip kali ni. Cukup meriah... Dari Air Itam Dam kami melalui lalauan getir, namamya "Lan Chiau Yen" terus ke Iron Cross. Perit!!! Dari Iron Cross kami menyusur sehingga ke Titi Kerawang dan terus ke Balik Pulau. Rehat2 & makan2 kat station Rapid Penang then semua berpecah mengikut haluan masing2. Pak nasir call Abg Manan then kami lepak kat rumah dia n tgk dia dok pasang bike. Aku mintak tolong dia check beskal aku. Apa punca rantai selalu putus. Rupa2nya selama ni aku kayuh berat & rantai yg dok selalu putus puncanya aku salah pasang rantai....Arrrghhhh!!!!!. Thanks to Abg Manan sbb ajar aku cara nak adjust diskbrake. Ilmu yg cukup berguna. Keperitan terakhir kami lalaui ialah apabila menaiki Bukit Carpet dari Balik Pulau. Cukup memenatkan...Namun kami tiba jua di puncak. Walaupun Goh sudah kehabisan tenaga, namun dek kerana semangat dia tiba jua ke titik akhir pendakian. Akhirnya kami DH dari Carpet ke DINAS then pulang ke rumah masing2.
..
.
Iron Cross
.
Antara kaki2 yg berjaya sampai di puncak...
.
Kenangan di Iron Cross
.
Lalaun penuh semak ke Titi Kerawang
.
Aku di tengah belantara...
More Pictures...
No comments:
Post a Comment