Kayuhan singkat di pagi Isnin. Pukul 9.30 pg dah habis. Macam biasa meeting point Dinas laa, then kami ke Bukit Kukus. Memang kena kukus laaa. Pendakian yg mencabar, kecerunan yg ganas dan tiada laluan landai ke puncak Bukit Kukus. Pecah peluh dibuatnya. Lepas Downhill ke Bukit Gamber semu org nak balik dah, ada hal masing2. Aku ngan Pak Nasir pegi minum kat Sg Ara & Jafli pun join jugak. Pastu lepak kedai Uncle Lerun sampai pukul 1.00 ptg. Tadak keja kan? Hiihihihii. Tapi syok laa sbb boleh jumpa ramai riders yg datang kedai nak repair beskal dan ada jugak yg mengintai beskal baru.
.
Mr Shahidan & Mr Malik
.
Tgh repair tayar beskal Wan. Kehabisan angin.
.
.
No comments:
Post a Comment