Thursday, June 10, 2010

373 KM : BALING - PERLIS - BALING

Sempena cuti 3 hari pada hujung minggu yg lepas,  telah direncanakan satu ride yg cukup menarik & mencabar. Pada hari sabtu, kami berkayuh dr kampung di Baling hingga ke rumah Pak Nasir di Perlis. Kebetulan plak time tu Pak Nasir balik Perlis. So, kami menginap kat hotel dia saja laa. FOC. Pada hari Ahad plak, kami patah balik ke kampung di Baling.
.
DAY 1 = 235 KM : BALING - PERLIS
BALING - KG LALANG - WENG - TANJUNG PARI - BUKIT GULAU - KG BELANTIK - PEDU - JENIANG - POKOK SENA - ALOR SETAR - AYER ITAM - SANGLANG - KANGAR
.
Telah bersiap sedia.. tepat jam 9.15am kami berlepas..
.
Awan mendung nan berarak, semestinya kayuhan kali ini pasti sukar dan mencabar...
.
Kenangan di Baling
.
Highway dari Baling ke Pedu ni mmg cukup panjang, panas dan mencabar.
.
Bukit Gulau.. pendakian ke puncaknya cukup memeritkan, lebih kurang sejauh 5km pendakian.
.
L : Dipuncak Bukit Gulau, kepuasan terpancar selepas berjaya menawannya.
R : Berehat dan isi air, semua dah kering. Penangan naik Bukit Gulau dan jalan yg berbukit-bukau.
.
Kenangan di Empangan Muda
.

Kenangan di Empanagn Gubir
.
Pedu Lake
.
Kenangan di Pedu Lake, nak sampai ke sini dr jalan besar,kami kena kayuh sejauh 8km. Jalan dia jgn cakap laa, tadak flat langsung, beralun-alun.
.
Berehat seketika di Bus Stop kat Jenaing, Hujan dah mula turun. Tunggu2 tak berenti, akhirnya kami ambik keputusan kayuh dalam hujan.
.
L : Merentasi sawah padi terbentang luas di Alor Setar.
R : Sebelum meneruskan kayuhan ke Perlis, perut perlu di isi dulu.
.
L : Malam menjelma. Tunggu keretapi cross jalan laa plak.
R : Dah sampai Kangar. Dok kejar kereta Pak Nasir escort sampai rumah dia kat Padang Katong.
.
Dah sampai ke destinasi kami dan jarak kayuhan hari pertama sejauh 235km.
.
DAY 2  = 138 KM : PERLIS - BALING
KANGAR - SANGLANG - AYER ITAM - ALOR SETAR - KOTA SARANG SEMUT - GUAR CEMPEDAK - GURUN - JENIANG - SIK - BALING.
.
Pagi Ahad, Pak Nasir bawak kami ronda2 Bandar Kangar dlm hujan.
.
Kenagan di Bandar Kangar lagi...
.
L : Perjalanan pulang tetap diteruskan walaupun hujan lebat mencurah-curah..
R : 300km telah dijelajahi.
.
Makan & rest kat Gurun
.
Menruskan kayuhan semula merentasi Lebuhraya Gurun-Baling. Memang best jalan ni.
.
Dgn aksi masing2. Kayuhan tetap diteruskan demi menamatkan misi kali ini.
.
L : Stop kejap kat Traffic Light. Tgn dah mmg hangus terbakar
R : Jalan yg terbentang luas menanti kami di hadapan.
.
Matahari kian terbenam...
.
Akhrinya sampai jugak di kampung dah jarak kayuhan kami selam 2 hari sejauh 373 km.
.
More pictures & comments
http://www.facebook.com/photo.php?pid=6099949&id=627540469#!/photo.php?pid=6099923&id=627540469

2 comments:

deanbikes@gmail.com said...

penuh dgn inspirasi .. teruskan kayuhan .. mintak tips sikit .. mcmana boleh tahan kayuh berjam2 ?

kudean

http://deanbikes.blogspot.com

Anonymous said...

ini mmg kayuhan epic!!..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...