.
Sunday, November 23, 2008
Kayuhan Sepi Seorang Mountain Biker
.
Saturday, November 22, 2008
Air Itam Dam, Iron Cross & Bukit Baru
Dari Air Itam Dam kami menuju ke Iron Cross. Penuh cabaran time memalui Iron Cross. Peritnya, sampai kena angkat beskal sbb dua tiga batang pokok tumbang di samping duri2 Rotan Malau kata Pak Nasir merentangi lalaun. Tapi itulah cabaran sebagai Mountain Bikers. TAKE IT AS A POSITIVE CHALLANGES...Yeah!!!. Jambu ooooo Jambu..sedapnya tak terkira...Jambu yg bulat2 besar bewarna merah memang tak boleh tahan...Apa lagi...setelah Apek tu bg green light, kami belasah cukup2. Ucap terima kasih je laa kat dia then kami downhill ke Balik Pulau.
Last sekali, pendakian getir menjejak puncak Bukit Baru. Seperti baisa Raja Bukit (Pak Cik Shah) kita akan mendahului pendakaian. Berapa tiang dia tinggal pun aku tak tahu...Aku teruskan pendakian juga sehingga ke puncak...Pastu downhill ikut Cherry Blossom then balik rumah ikut haluan masing2...
.
More Pictures :
http://picasaweb.google.com/khairi000007/AirItamDamIronCross#
Tuesday, November 18, 2008
Trailcam @ BM Jamboree
Never...Never...Never...Give-Up!!!
Sunday, November 16, 2008
Kayuhan Bersama Otai
.
Minggu ni, 2 hari aku lalui laluan baru yg belum pernah aku tempuhi sebelum ni dgn 2 org otai. Seorang Raja Bukit (P.Cik Shah) dan seorang lagi Raja Downhill (Pak Nasir). Mmg usia bukan alasan bg kedua-dua mereka. Walaupun orang kata “lahir dulu” dr kita..tapi kekuatan, ketangkasan dan semangat mereka cukup luar biasa. Respect hasbis laaa…
.
Hari Sabtu aku pegi ke Bukit Serani. Nama dia Serani kerana kat kaki bukit tu ada Tanah Perkuburan Serani. Cukup mencabar, aku rasa ini laa trek yg paling ganas yg pernah aku lalui sejak aku join MTB ni. Sampai atas cukup puas, pastu kami downhill dan pegi mandi kat air terjun. Kami sempat siapkan satu dam utk mandi manda kat situ. Harap2 kalau pegi sekali lg, binaan kami tu masih kukuh di situ. Sayangnya..aku tak bawak camera time tu. So, takdalah gambar2 kenangan di air terjun...
.
Hari Ahad, tinggal kami bertiga saja (Aku, P.Cik Shah & Pak Nasir). Kami plan Dinas - Carpet – Balik Pulau – Pulau Betong – Kebun Pisang – Teluk Kumbar – Dinas). Malangnya di atas Bukit Carpet JAMIS aku baut hal lagi, Kali ni brake dia plak problem. Nasib baik otai2 ni ada tolong repair. Kalau tak aku tolak balik laa. Thanks jugak kat Wan coz bg pinjam tools dan spray luka dia. Disebabkan masalah ni, plan terpaksa diubah. Kami turun Balik Pulau, then naik Bukit Genting ikut jalan hutan. Aku ingatkan jalan biasa jee, tp lebih teruk dari Bukit Serani semalam. Tak caya pegi try sendiri laa.... Raja Bukit relax jee naik, pastu Raja Downhill plak tunjuk skill turun bukit. Hebat2…
.
Kesimpulannya, 2 hari ni aku telah melalui 2 laluan baru yg cukup mencabar, tp penuh dgn keseronoka yg tak terungkap dgn kata2.
DINAS. Di sini la tempat berkumpul setiap hujung minggu...
Kabus pagi memecah di sinari sang suria...
Deruan air di kaki Bukit Carpet yg tak pernah putus...
Injured…time repair brake kat atas Bukit Carpet...
Raja Downhill
Aku...
JAMIS TRAIL-X 3.0 front cam...
JAMIS TRAIL-X 3.0 in action...
Berehat sebentar di Teluk Kumbar. Thanks to Abg Wan coz belanja minum...
More Picutres...
http://picasaweb.google.com/khairi000007/PendakianYangGetir#
Monday, November 10, 2008
BM Mountain Cross 2008
Kali pertama aku menyertai MTB Jamboree sejak lebih kurang 5 bulan aku ngan XTVT MTB ni. Memang mencabar, menyeronokkan, menguji ketahanan mental dan fizikal dan kekadang nak marah pun ada kat organizer sbb buat trek utk tolak basikal bukannya kayuh basikal. 80% tolak jee..mana tak hangin satu badan. Sampai satu masa bukannya aku yg kayuh beskal, tp dia yg naik atas bahu aku..memang melampau betul laaa...
.
Dah nama pun Mountain Cross, mmg dia suruh cross bukit-bukau dan gunung-ganang sampai lembik kaki laaa. Aku pun tak kira berapa banyak bukit-bukau yg aku redah. Tp memang banyak laaa...Jgn harap laaa nak jumpa tanah rata...Naik bukit, turun bukit, naik bukit, turun bukit...sampai laaa ke garisan penamat. Mmg ramai jugak laa yg tak puas hati dengan trek kali ni. Ada yg kata "trek nak bunuh orang" laa, "organizer ni gila buat trek bukan-bukan" laa, ini "JAMBOREE ke JAM-BORING" sbb kena tunggu lama masa nak panjat bukit dan macam2 lagi. Aku pun turut serta dalam proses mengata organizer jamboree kali ni...Hihihihihihi...
.
Becakap pasal matlamat aku masa Jamboree kali ni, aku cukup kecewa....Di saat aku memecut di jalan raya, tetiba kaki aku rasa melayang-layang jee... What Happen???? Alamak ...rantai beskal aku putus laaa...Arrrrgggghhhh.....baru 5km jee..dah buat hal. Di saat tu aku dah rasa matlamat TOP 50 aku hanya angan2. 45 minit aku tergendala..sampai sorang pun dah takda kat belakang. Tinggal aku dan 2 org geng Pawana Riders saja yg membantu. Itu adalah pengalaman berharga buat aku...Kena set lain kat Taiping nanti...
Bersedia... di garisan permulaan...
JAMIS aku buat hal...Thanks to Suhairi & Abg Mizee kerana membantu...
Penat menununggu orang daki gunung..mmg slow
JAMIS TRAIL-X 3.0 in action...Di tebing Mengkuang Dam
Berehat sebentar...ini bukit no berapa pun tak tau laa...
Makan time....dah kelaparan ni....
Wednesday, November 5, 2008
Downhill oooo Downhill....!!!
Kedudukan kaki yg betul semasa Downhill
