Thursday, February 24, 2011

RONDA2 @ KULIM

Tuesday, 15 Feb 2011. Saja2 buat kayuhan petang ke KULIM  time cuti hari ni.. Tp kayuhan bermula pukul 2pm. Cabarannya, memang tak syak wasangka lagi laa.. PANASSSSSS!!!  Memang terasa bahang jalan dia... Start dr Penang naik feri  - ikut BKE - terus sampai KULIM. Pi tgk2 kedai beskal kat sana, makan2, then patah baliik ikut Bkt Mertajam plak.. Pastu sampai laa Penang balik dlm pukul 6pm...


Kat atas feri... (Suruh amoi cun ambik gambar...)

Kat SHELL  - RnR BKE

Tank dah kosong laa tuuu..

Makan2 kat restaurant depan kedai basikal "CIKGU DIN".

Mini Penang Bridge,BORR

Panas!!!!

Coastal Runner

Aiii... Satu macam nampak!!!

Monday, February 21, 2011

KAYUHAN DARULAMAN 2011

Sunday, 30 January 2011. Akhirnya Kayuhan Darulaman telah berjaya dilaksanakan jugak. Sebenranya, kayuhan ni dijadualkan pada bulan November 2010. Tp, disebabkan bajir yg melanda negeri kedah, terkpaksalah ditangguhkan setahun kemudian. Hehehehe...

Trek kali ni mmg trek maut laaa. Jalan yg berbatu2 sebesar penumbuk berselerak kat atas jalan. Tak kira Uphill ke, downhill ke, flat raod ke... semua batu. Aku climbing boleh, time downhill tolak beskal. Tak berani nak turun... Silap2 boleh pecah kepala... Tp bg kaki Downhill, depa lala yg paling syok.... Senorok habis dapat doenhill. Hahaahha..  Kayuh punya kayuh, dpaat laa no-12 kategori Men Open. Sifu dapat No-3 kategori Vateran...
    
Bersedia di garisan permualaan..

   Kibaran Jalur Gemilang tanda peserta dilepaskan..

Yg ni kalau silap, masuk dlm parit laa jawapnya..

Huh... Ni je laa jalan yg kurang batu bata pun...

Rempit.. jgn  tak rempit...

Pulun.. jgn tak pulun..

Kayuh ke makan angin ni...

Ni  laa keputusannya..

More Pictures...

SAIFUDDIN YAAKUB

AHMAD SHUKRI

BADRISYAM B OTHMAN

Friday, February 18, 2011

SUMMARY OF MY 2010 CYCLING XTVT

Tahun 2010 telah melabuhkan tirainya. Berikut adalah sedikit sebanyak coretan kisah suka duka sepanjang kayuhan tahun lepas. Tahun ni aku terus berkayuh.. Bukannya nak berlumba.. cuma sekaradar ber-suka2 dan utk menjaga kesihatan saja...

Sejauh 12,669km telah direntasi tahun lepas..

Aku lebih banyak menuggang MTB dari RB
............................................................................................................

KAYUHAN PALING JAUH
"373KM : BALING - PERLIS - BALING"

KAYUHAN PALING JAUH DALAM SEHARI
"270KM JOURNEY IN A DAY"


KAYUHAN PALING MENCABAR
"373KM : BALING - PERLIS - BALING"

KAYUHAN LUAR NEGARA PALING BEST
"KAYUHAN PECAH LEMAK RAYA 2010"

KAYUHAN PALING MENAKUTKAN/SERAM
"NIGHT RIDE : DAM - HILTON - BALIK PULAU"

KAYUHAN PALING LUCU
"KAYUHAN BORR : PEGI NAIK FERI - BALIK NAIK LORI"

JAMBOREE PALING BEST
"PERLIS JAMBOREE 2010 - RUN10"

JAMBOREE PALING MENCABAR
"PENANG KAYUH LASAK 2010 - MY GR8 RIDE"

JAMBOREE GELAP GELITA
"KAYUHAN TERANG MALAM 2010"

JAMBOREE YG PALING MENINGGALAKN KESAN
"KUALA KANGSAR JAMBOREE 2010"

PIMP MY BIKE
"MY MARIN 2010"

Thursday, January 6, 2011

MALAKOFF INTERSTATE FELLOWSHIP RIDE (MIFR) 2010/2011

Friday / Saturday, 31 Dec 2010/1 Jan 2011. Seperti tahun2 sebelumnya. MIFR sentiasa akan mengisi tarikh akhir dan awal bg setiap tahun untuk kayuhan merentasi 3 negeri, PENANG-PERAK-KEDAH. Tahun ni  tahun ke-2 aku menyertainya. Memang satu-satunya kayuhan yg membolehkan anda merentasi Penang Bridge.. Layan....

Seawal jam 7pm, kayuhan akan bermula.. sapa lambat kena tinggal!

Rakan sekerja...

Basikalku mula merentasi Penang Bridge

Yahoooooo!!!!!

Di tengah2 Penang Bridge

Rehat & Rawat

Kenangan di Selama Perak



Lapar sangat dah nii..

Muka dah happy!! Lagi 20km jee dah nak sampai..

Alamak! muka akuuuuuu...

Tuesday, January 4, 2011

BALING - BETONG - BALING

Saturday, 25 Dec 2010. Sempena X-Mas day dan cuti panjang ni,  kami ambik kesempatan pi ronda2 di Betong, Thailand. Layan jugak kayuh kat sana, sambil kayuh, boleh tgk suasana dan keadaan negara orang. Cabaran getir kali ni adalah pendakian di Penagkalan Hulu sehingga ke R&R Gunung Inas. Walaupun agak landai, tp panjang. Time balik, turun bukit ni mmg syok habis. Terus lupa keperitan masa mendaki tadi...

145 KM : PARIT PANJANG - BALING - PGKLN HULU - BETONG - PGKLN HULU - BALING - PARIT PANJANG

 Merentasi Gunung Baling, bermulanya XPDC kali ini..

 Pendakian menuju ke Pengkalan Hulu

 R&R Gunung Inas

 MALAYSIA - THAILAND

Betong Custom House

Betong Streets

Betong MTB Shop

 L : The Biggest Post Box in the World
R : Antara senibina Siam yg menarik

 Betong Hot Spring

 Mari menrendam kaki yg lenguh time panjat Bukit Pengkalan Hulu tadi..

Laparrrr!!! Makan biskut jelaa.. Cari kedai makan tak jumpaa..

Jalan2 lagi..

Shopping dulu, pastu balik Malaysia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...