Sunday, January 18, 2009

Kayuhan Mesra Jitra 2009 (JJ09)

Hari ni Jitra Jamboree 2009 (JJ09). Aku tak ketinggalan menyertainya. Best jugak sekali sekala tgk sawah padi yg terbentang luas sepanjang perjalanan ke Kedah ni. What a Wonderful World? Rasa macam nak masuk pastu berendam dalam sawah tuu, mesti best punya laa…Tu semua kisah hari Sabtu, perjalanan ke rumah Suhairi.

Hari ni sebelum Subuh lagi aku & Suhairi dah bergegas dan bertolak ke Jitra. Dalam pukul 7.00 pg kami sampai ke Jitra. Pastu, pekena capati kedai Nasmir. Lepas taklimat lebih kurang pukul 7.45 pg peserta dilepaskan.Macam biasa laa bermula dr belakang aku merengkoh sekuat hati. Nyaris dah nak langgar sorang pakcik yg bawak moto lintas jalan. Pakcik tu pun satu, orang dah blok dia dgn slumber jee nak jugak lintas. Berasap aku brek..kalau tak dok sepital laa hari ni. Bersopai laa beskal dengan oden2 sekali.

Sepanjang kayuhan, aku tak byk ambik gambar sebab focus untuk TOP10 kali ni. Lebih kurang pukul 10.10 pg aku pun sampai ke garisan penamat. Agak kecewa aku tersasar dari matlamat. No 17 jee yg mampu aku capai. Cabutan bertuah cam biasa laa, tak pernahnya bertuah. Telan air liur je laa tgk org bawak balik beskal, tv, frame dll. Lebih kurang pukul 1.30 ptg semua dah selesai.
.
Pintu gerbang ke Bandaraya Alor Setar
.
Capati...Bekalan utk kayuhan pagi ni.
.
Lepas sarapan & sebelum bermulanya kayuhan
.
Antara Pawana Riders yg menyertai Jamboree kali ni.
.
Macam biasa laa..kalau dah lewat start dari belakang laaa
.
10 km to go at the speed of 39km/h.
.
Aku & Abg Mat sampai ke garisan penamat pada masa yg hampir sama macam kat Taiping jugak.
.
Suhairi & Aku
.
Bersama jentera kesayangan. JAMIS Trail-X 3.0
.
Debu2 yg terpaksa diregkuhinya...
.
4 STICKERS. JJ09 PASSED. No -17
.
More Pictures...

Sunday, January 11, 2009

Tour de Penang (Pawana Riders)

Hari ni sesi latihan Pawana Riders. Tak ramai yg dapat turut serta, hanya 4 orang saja. Semuanya punya masalah dan hal masing2 yg tak dapat dielakkan. Namun kayuhan harus diteruskan, persiapan untuk Jitra Jamboree 2009...
.
Top view...JAMIS Trail-X 3.0
.
Air Terjun Titi Kerawang
.
Gemuruh Jiwa, Semangat Membara..
Dari Puncak Ingin Ke Angkasa...
Berkalungkan Bintang berkelipan...
Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa...
.
Kenangan di Mt. Erskine
.
More Pictures...

Saturday, January 10, 2009

Bukit Gambir Tour

Hari ni aku & geng2 MTB ke Bukit Gambir. Kali petama aku menjejakkan kaki ke Bukit Gambir. Perjalanan dari Relau ke Air Itam tampak mudah. Namun, keperitan selepas itu yg menjadikan kami semua hampit berputus asa untuk ke Puncak Bukit Gambir dari Air Itam. Dek kerana semangat kental serta sedikit motivasi dr seorang pakar (Mr. Malik) membuatkan kami bertenaga semula...Hihihihii.....
.
Dari titik permulaan lagi dah tak bagi chance...
.
Pakar motivasi pun pancit jugak kee...
.
Aku, Pak Nasir & Jafli
.
Di bawah terik mentari..
.
Tgk saja Pak Man & Pak Nasir. Cukup pantas. Usia bukan penghalang..
.
Senyuman kurang ikhlas selepas menempuhi keperitan dalam pendakian...
.
What a wonderful World? Dari sini bleh nampak train Penang Hill.
.
Itu dia...Ceramah motivasi free dr Mr. Malik. Masih ada masa lg dok bg ceramah walaupun dia dok mengeluh yg peti ais & lampu rumah dia lupa tutup masa keluar tadi...
.
Perancangan untuk XTVT esok.
.

Kenangan di pondok rehat puncak Bukit Gambir
.
More Pictures

Sunday, January 4, 2009

Ride with Pinkbike

Hari Aku, Pak Nasir & Goh join PinkBike cycling dr Relau ke Air Itam Dam. Seramai lebih kurang 16 orang yg join trip kali ni. Cukup meriah... Dari Air Itam Dam kami melalui lalauan getir, namamya "Lan Chiau Yen" terus ke Iron Cross. Perit!!! Dari Iron Cross kami menyusur sehingga ke Titi Kerawang dan terus ke Balik Pulau. Rehat2 & makan2 kat station Rapid Penang then semua berpecah mengikut haluan masing2. Pak nasir call Abg Manan then kami lepak kat rumah dia n tgk dia dok pasang bike. Aku mintak tolong dia check beskal aku. Apa punca rantai selalu putus. Rupa2nya selama ni aku kayuh berat & rantai yg dok selalu putus puncanya aku salah pasang rantai....Arrrghhhh!!!!!. Thanks to Abg Manan sbb ajar aku cara nak adjust diskbrake. Ilmu yg cukup berguna. Keperitan terakhir kami lalaui ialah apabila menaiki Bukit Carpet dari Balik Pulau. Cukup memenatkan...Namun kami tiba jua di puncak. Walaupun Goh sudah kehabisan tenaga, namun dek kerana semangat dia tiba jua ke titik akhir pendakian. Akhirnya kami DH dari Carpet ke DINAS then pulang ke rumah masing2.
.
Air Itam Dam
.
Lan Chiau Yen. Arrow to Iron Cross
.
Ambik angin lepas panjat Lan Chiau Yen
.

Iron Cross
.
Antara kaki2 yg berjaya sampai di puncak...
.
Kenangan di Iron Cross
.
Lalaun penuh semak ke Titi Kerawang
.
Aku di tengah belantara...

More Pictures...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...