Thursday, March 25, 2010

PERLIS JAMBOREE 2010 - RUN'10

Sunday, 14 March 2010. Sekian lama mendengar cerita & menanti ceritera, Perlis Jamboree (RUN'10) tiba jua hari ni. Tidak seperti indah kabar dari rupa, RUN'10 kali ini mmg best & menepati ciri2 yg diperlukan oleh sebuah jamboree. Kira OK laaa... apa yg terhebah dlm blog RUN'10, lebih kurang sama ngan apa yg telah berlangsung, SYABAS RUN'10!!!
.
RUN'10 kali ini bg aku agak mendukacitan. Matlamat TOP'10 aku tersasar, kali ni aku sekadar ditangga ke-17 saja. Tahap kesihatan pun tak berapa bagus hari ni. Semalaman aku cirit-birit akibat berenti minum petang kat tgh jalan sblm sampai Perlis hari Sabtu lepas. Mmg seksa laa... Sifu dah suruh tarik diri jee, tp aku try jugak laaa. Nasib baik time kayuh dia tak buat hal.. Kalau tak mampus aku nak cari bank pelaburan. Hahahaha...
.
Layan je laa gambar2 kenangan RUN'10 kat bawah ni. Aku tak banyak ambik gambar hari ni, tak berapa ada mood. Aku pass je camera aku ni kat Suhairi, dia laa yg dok buat kerja. Lebih kurang 12.30pm, Aku & Sifu dah cabut balik Penang. Aku dah pening & demam. Semua ni kes cirit-birit satu malam punya pasal laaa. Sepanjang jalan aku tido je laa. Sedar2 dah sampai Penang. Hampeh punya co-pilot kan??? Apa nak buat...
.
Di garisan permulaan...
.
Matahari mula meninggi
.
Dato' Nasir, Kali ni dia buat kayuhan menteri melawat rakyat... Hihihihi
.
Lalu tgh2 tasik...
.
Perjalanan masih jauh...
.
Mizeereleigh (back) & Suhairi (front) merangkap cameraman hari ni...
.

Reimi Pawana & Pak Yon
.
Tersadai kepenatan... Takpa rest dulu...
.
Satu-satunya jamboree yg kena naik jejantas.. Mmg best laaa, turun2 dapat air SUNTONIC plak tuu....
.
Aku barui tiba di garisan penamat. No-17 jeee... Dapat laa medal ngan cap SHIMANO tuu..
.
Bersama motivator aku...
.
My Sifu baru tiba di garisan penamat.. No-92
.
My Sifu & Aku dgn pingat kejayaan masing2... No berapa pun tak kisah la, pingat emas jugak .. Hahahahhahaha..
.
Tgh dok bg report kayuhan... WHY 17, WHY NOT TOP10???
.
Ngan geng2 kayuh beskal Penang..
.

Thursday, March 11, 2010

NIGHT RIDE : DAM - HILTON - BLK PULAU

Thursday, 11 March 2010. Semalam, Aku & Sifu buat kayuhan luar biasa. Bg aku mmg luar biasa laaa, bg dia aku tak tahu laa.. First time kami kayuh naik Ayer Itam Dam. Pastu Kami memberanikan diri meneju ke pondok HILTON. Sepanjang kayuhan dr DAM ke HILTON, Aku mmg senyap terus, tak bercakap langsung. Sifu pesan jgn tgk kiri kana dan belakang, pandang depan jee. Dah laa gelap, nak hujan plak tu, sunyi, angin pun bertiup semcam jeee. Dalam hati, aku dok berdoa je jgn laa apa2 terjadi sambil baca apa2 yg patut. Hati aku lega kembali setelah sampai pondok HILTON. Baru rasa boleh buka mulut skit, pastu kami Downhill ikut titi serong terus ke Balik Pulau & balik Bayan baru. Tgh kayuh tu, aku tak berani nak berenti ambik gambar... dapat skit2 je laa...
.
Kok Lek Si mmg cantik
.
Satu lg...

Depan Kok Lek Si
.
Sampai HILTON
.
Huh.. Lega.. sampai Balik Pulau
.
Selamat....

200KM TOUR : PENANG - BALING - PENANG

Sunday, 7 March 2010. Hari ni aku buat kayuhan pecah rekod lagi. Kali ni destinasi kami ke Lata Bayu kat Baling. Satu pengalaman baru yg tidak dapat aku lupakan. Segala cabaran dalam misi kali ini berjaya ditempuhi. Panas terik dan jalan beralaun-alun adalah cabaran yg paling getir dlm tour kali ni. To itu semua aku tak hiruakan, yg penting aku enjoy, dapat kayuh, dapat mandi nagn air, pastu mandi peluh plak. Hihihiihihi. Layan je laa gambar2 kat bawah niii...
.
PENANG - BORR - TASEK GELUGOR - PADANG SERAI - KARANGAN - MERBAU PULAS - KUALA KETIL - BALING - KUALA KETIL - KEJAI - KULIM - BKT MERTAJAM - BUTTERWOTH - PENANG
.

Macam biasa laa, pengangkutan kami merentas lautan ke Tanah Besar.
. Matahari baru nak naik, kami dah kayh dah...
. Jalan2 beralun-alun ke Baling + Bukit 3 beradik yg mmg mencabar...
. Sarapan pagi @ Petronas Kuala Ketil
. My Sifu, steady jeee...
. Aku, tgh mendaki anak2 bukit...
.Huh!!!!!.... dah nak sampai Siam nii...
. Yes!!!!! Lata Bayu lg 5 km... Yahoooooo....
. Itu dia... dah sampai...
. Mmg syok laaa dapat mandi & berendam dlm air lepas penat kayuh jauh2...
.MARIN & SLUGGER tgh relax2...
. Dalam perjalanan pulang plak. 72km lg nak sampai Jeti & time ni pukul 2.40pm. Panas dia, jgn cakap laaa...
. Baru memasuki Bandar Kulim
. Sampai jugak Butterwoth... Atas Jambatan BORR
. Tgk laaa.. dah hangus terbakar..
. Jarak yg kami rentasi hari ini....

Wednesday, March 10, 2010

KAYUHAN AMAL OKU 2010

Sunday, 28 February 2010. Hari ni kami jadi pengayuh hantu , join Kayuhan Amal OKU dari bertam Ke Tg Dawai. Tp kami macam biasa laaa, kayuh dr Penang dulu pi Bertam. Kayuhan kali ni mmg syok... tadak speed limit... Layan habis-habisan punyaaa... Sampai je Tg Dawai, bagus punya plan berubah... Almaklumlaaa... pengayuh hantu... Kami naik bot pi Pantai Merdeka pastu kayuh balik Penang terus.. Mmg best laa dapat naik bot ngan beskal2 sekali... Murah plak tuu RM2 utk penumpang, RM2 utk beskal. Tp 5 minit jeee.. mmg tak puas. Rasa macam nak suruh pakcik tu bawak sampai Penang terus... Lagi senang, tak yah kayuh...
.
Di garisan permulaan...
.
Hahahaha... Betul ke ni?? Naik bot!!! Arrghh!! ikut je laa..
.
Memang best laaaa... Layannnnnn...
.
Itu dia Kapten Junaidi, Kepala Lanun.. Huhuhuhu
.
Dah sampai kat Pantai Merdeka... Macam mendarat kat sempadan daaaa...
.
Persembahan dr Kanak OKU...
Gambar Ehsan dr : Mr Junaidi

Monday, March 1, 2010

PERLIS JAMBOREE 2010 UPDATES

Perlis Jamboree 2010 semakin mneghampiri. Segala persiapan telah dilakukan, hanya menanti perengkuh2 nya sahaja. Kat sini ada beberapa informasi terkini ttg Perlis Jamboree kali ni. Nampak mmg hebat persediaan mereka kali ni. Harap2 semuanya berjalan lancar seperti dirancang. TAHNIAH & SYABAS utk team Perlis Jamboree 2010.
.
Laluan utk Ride Up North kali ni..
.
Jersey yg mmg cun habis laaa
.
Plate number pun cantik jugak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...