Sunday, August 22, 2010

KAYUHAN BORR - PEGI NAIK FERI - BALIK NAIK LORI

Saturday, 21 August 2010. Sempena malam minggu di bulan Ramadhan ni, kami plan kayuh jauh skit. Kali ni pi kayuh kat BORR. Dr Bayan Baru, kayuh jumpa geng PMA, pastu naik feri pi seberang (BORR). Sampai sana tak ramai rider yg ada... Mungkin dah lewat kot (12.30 am).

Pusing satu lap, kami pun nak balik pulau la semula, tp tgk2 feri dah "out of service" laa plak. Pukul 5.30 pg esok baru bukak balik. Huh! penat laa camni.. nak sahur lagi ni... Last2 kami ambik keputusan nak redah Penang Bridge. So kayuh laa dr feri pi Penang Bridge plak..Sampai je sana, lepas menyelinap masuk ikut lorong motosikal, tiba2 kena tahan da dgn org PBSB. Alamak! kantoi la plak.. Apa nak buat ni? Rayu punya rayu, dia tak bagi jugak... Nak buat camna.. kerja dia.. kena respect laa..

Ubah plan no2 plak... Tahan lori... Geng2 driver lori ni semua lalu buat tak tau jaa bila kami tahan lori depa. Lepas setengah jam, baru laa sebiji lori "Surat Khabar Baru" berenti.. TQ laa Mr Kumar coz bg kami tumpang lori dia. Siap dapat Harian Metro Ahad versi terawal lagi tu.. Org Penang pun tak baca lagi tau.. Kami yg baca dulu..  Mmg pengalaman yg berharga la kayuh malam ni...

--- PEGI NAIK FERI - BALIK NAIK LORI ---


 Tgh dok tunggu feri nak pi seberang, time ni pukul 12.00am dah..

 Motosikal ngan Beskal ada dua tyres, kira sama la tu..

Sempat lg suruh Brother PBSB ambik gambar kami..
Angin je muka dia.. dah laa buat kecoh, pastu suruh ambik gambar plak tu..

Mr Kumar dok usha jee kami dok isi beskal dlm lori dia..

Semua dok seronok.. dapat balik..

 Dapat Metro Ahad free

 Beskal, Newspapaer ngan orang ..sunbat sekali.. Macam sardin dlm tin daaa..

Dok buat gimik plak dah..

Saat2 bersesak, panas dan dok cium asap lori.. Tak kisah laa... janji sampai..

 Dah sampai tgh bridge dah...

Sampai TESCO kat E-Gate, masa utk cabut..

 Apapun TQ tu Mr Kumar & BFU 7529

Monday, August 16, 2010

SAAT GETIR @ NTMTBA'10

Saat2 getir di NTMTBA'10 yg cukup memeritkan.
















"KITA HANYA MERANCANG,
ALLAH YANG MENENTUKANNYA"

Tuesday, August 3, 2010

NIBONG TEBAL MTB ACTION 2010

Sunday, 1 August 2010. Satu lagi siri MTB Jamboree telah dgn jayanya diadakan di Nibong Tebal dgn kerjasama Gerek Gunung & USM Transkrian. Sejarah tercipta kerana jamboree kali ni menghimpunkan paling ramai peserta iaitu lebih kurang 1800 orang.
.
Sejarah jugak tercipta bg aku. first time dpt no-100 ke atas. Huhuuhuhu.. Mmg serba tak menjadi laa jamboree kali ni. Mula2 semua berjalan lancar sampai laa 10km terakhir bila tube aku pancit lepas tergolek masa downhill dekat nk sampai CP3. Mula2 aku tak perasan duri kelapa sawit dah cucuk tayar, main tukar je la tube. kalut la katakan.. pastu pancit lagi sekali. Terpaksa la tunggu org nak derma tube. Lebih kurang 20 minit, Sifu pun sampai & bagi tube. Dapat tube , pam pulak buat hal. dia boleh patah plak time tu... Arrgghhh!!! Kena minta simpati kat orang sekali lagi. Nasib baik laa ada yg sudi menderma...
.
Setelah semuanya beres, aku pun meneruskan kayuhan, namun semunya dah terlewat. aku sampai no-103. Harapan top-10 aku berkecai. Apapun, ni la asam garam yg aku harus tempuhi... Next time kat Kuala Kangsar aku akan buat yg terbaik....
.

Tengah dok buat preparation sebelum kayuhan bermula..
.
Sedia untuk beraksi...
.
With M Sifu & My Advisor
.
LIVESTRONG
.
Tension je tgk satu-persatu rider dok potong memotong depan mata...
.
Arrggh!! time2 kritikal
.
Geng lepak MCKT
.
Dgn team Pawana Riders & TBYP Riders
.
Team Pawana Riders
.
More Pictures in my FB

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...