Monday, November 16, 2009

CLASSIC RIDE 2009

Classic Ride 2009. Kayuhan pagi ni santai2 saja sambil menghirup udara segar & menikmati pemandangan hutan rimba Bukit Hijau. Cuma time balik tuu, boleh layan speed skit sebab semua dok ikut rapat moto marshall, maintain 40km/h . Tp kali ni aku kayuh bersendirian. Tanpa mentor di sebelah yg selalu memberi tunjuk ajar & nasihat especially time kayuh. My Sifu terpaksa berehat di rumah coz accident. Dua bulan bukan satu masa yg singkat, bagi kaki kayuh tegar cam kami ni... Tp malam sebelum kayuh dia dah call aku, bg nasihat camna nak kayuh & suruh hati2 time kayuh, takut2 nanti jadi cam dia jugak. Apapun kayuhan kali ni memang enjoy... Tetap Classic walaupun dibanjiri dgn beskal2 moden....
.
Bersiap sedia....
.
Riders dah semakin ramai tiba..
.
Bersama ODD
.
Dengan Geng2 Pawana Riders " Kesakitan Hanya Sementara, Maruah Kekal Selamanya"
.
Ngan Abg EE, Geng Kayuh hujung minggu...
.
Aku , Massaro Al-Gianto & Jan Trek
.
Ngan Pak Bakar & Geng...
.
Pawana Riders, sesi photography sebelum cabut dr Bukit Hijau...
.
Limpahan rider2 yg bermacam ragam...
.
Bergambar seketika sementra tunggu rider2 lain sampai..
.
Dah sampai....
.
Cak!!! Bye-Bye...

Tuesday, November 10, 2009

ACCIDENT!!!

Petang semalam aku pergi melawat Sifu kat Hospital Pantai Mutiara . Dia accicdent ngan kereta time kayuh beskal ptg Isnin lepas. Ptg tu dia ajak aku aku training, tp aku kata aku sibuk, pastu dia pun kayuh laa sorang2. Tak sangka plak boleh kena langgar. Apa nak buat, malang tak berbau... Keta langgar dia time nak masuk selekoh kat Petronas Relau.. Nasib baik keadaan dia tak teruk sangat. Tapi lutut dia "crack" & kaki dia kena cucuk ngan wiper sebab melambung atas keta time kena langgar tuu. Atas nasihat doktor, dia kena rest 2 bulan... Nampaknya aku kehilangan mentor utk tempoh yg agak lama. Segala perancangan kami untuk berbasikal dalam sehingga hujung tahun ni semuanya dibatalkan... Kayuhan Classic, Malakof, Betong, Perlis, Bukit Hijau... Semuanya berkubur. Kayuh sorang2 laa aku nampaknya. Semoga cepat sembuh & dapat berkayuh semula....
.
Dah berbungkus kaki kanan...
.
Jangan bimbang.. hari2 kami datang melawat... Hihihii..
.
Kapten Boleh (Mr. Sofi) pun datang melawat...
.
Semalam aku bawak majalah beskal, buat pengubat rindu tak boleh kayuh beskal. 2 bulan lama tuuu...

Monday, November 9, 2009

180KM = PENANG - GUNUG JERAI - PENANG

Sabtu, 7 November 2009. Sesi Kayuhan Pecah Rekod . Kami berkayuh dr Penang ke Gunung Jerai. Pastu panjat Gunung Jerai then patah balik ke Penang. Memang satu pengalaman yg tidak dapat aku lupakan sewaktu berada di puncak Gunung Jerai. Tp sebelum sampai ke puncak, kena daki 15km dari kaki bukit dulu. Tadak langsung jalan landai yg boleh relax. Time balik pulak, panas terik bukan main lagi. Habis terbakar kulit aku dibuatnya. Tp memang enjoy laaa. Hujung minggu ni... satu lagi kayuhan memecah rekod akan dilaksanakan... 200km++. Tungguuuu!!!!!
.
Seawal jam 06.30 am kami dah mula gerak. Siput babi pun tak bangun tido lagi..
.
Dok tunggu feri...
.
Macam biasa. Kenangan atas feri tidak akan kami sia-siakan.
.
Our journey's begin!!!
.
Jambatan Merdeka.
.
Sempat lagi bergambar sambil tunggu traffic light kat Sg Petani..
. Jam Besar Bandar Sg Petani. Bulan posa dulu kami ke sini time malam. Hari ni time siang plak.
.
Dah sampai GURUN
.
Gunung Jerai. Pendakian bermula...
.
Selagi kaki ini mampu mengayuh, selagi itu aku tidak akan berenti...
.
Aku & Sifu
.
Ada 4 Batu lagi sebelum sampai ke puncak...
.
Ingatkan dah sampai.. Rupa-rupanya ada 5km lagi...
.
Berenti rehat seketika... sebelum meneruskan pendakian 5km terakhir.
.
Kini kami dipuncak. Jumpa geng2 MSN yg dtg dari Bukit Mertajam...
.
Memang sempoi laa pemandangan dr atas nii.. Tgk laa kat belakang tuu...
.
Bergamabr bersama jentera masing2
.
Bukti kami telah menjejaki Gunung Jerai
.
Perjalanan pulang... menyusuri Jambatan Merdeka...
.
Tiba semula di jeti, naik feri nak masuk Penang balik...
.
Alamak .. kulit aku dah hangus terbakar.. Konfirm kena ceramah ngan "My Mum" balik Raya Haji nanti.
.
Walaupaun penat, kami tak akan serik...
"SEMANGAT KENTAL & KEKUATAN MENTAL FIZIKAL ITU PENTING, APAPUN JANGAN CEPAT MENGALAH SEBELUM MENCUBA" kata my Sifu..
.
Happy Feet!!!

Total Distance covered : 182.58km (NEW RECORD)

Tuesday, November 3, 2009

RIDE WITH CM 2009

Ahad, 25 October 2009. Hari ni ada kempen berkayuh, "Ride With CM 2009". Kayuhan yg bertujuan untuk memberi mesej kepada org ramai dan juga badan yg terlibat bahawa berbasikal adalah satu sukan yg menyihatkan dan mampu mengurangkan pencemaran alam sekitar. DI samping itu kempen ini jugak bertujuan untuk mendesak kerajaan negeri @ persekutuan agar membuat lalauan untuk basikal di Pulau Pinag ini. Moga2 tercapai impian kita semua..
.
Macam biasa dari malam lagi, Aku & Sifu dah set beskal cantik2, then plan taktik kayuhan masa pi tukar tayar beskal aku. Tapi, time pagi beskal P.Cik Shah plak buat hal. Tetiba jee takde angin. Then, dia pun ambik keputusan untuk bawak MTB. Alamak!!! takkan aku nak ride sorang2 hari ni. Tp takpa, lepas dapat nasihat & taktikal dr dia, aku pun ride laa sorang2 sampai laa jumpa geng triathlon. Kayuh laa ngan depa ni sampai habis. Mmg best laa ikut geng2 ni. Maintain 40km/h - 45km/h jee... 2hr.10min dah sampai.. Dok setengah jam, My Sifu sampai ngan MTB dia.. Rest kejap, pastu pi makan kat Chulia Strreet ngan geng2 Pawana Riders.
.
TOP5 Riders... 2hr.10min
.
Me & My GTS
.
Keluarga En Sofi & Pn Ross yg gemar mengayuh..
.
Geng2 Triathlon yg aku dok ikut dr wal sampai laa tamat..
.
Anak2 Malaysia yg bersemangat!!!
.
Geng2 kayuh...
.
My Team... Pawana Riders...
.
Makan2 di Kapitan lepas kayuh...
.
Jom Balik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...