Sunday, December 28, 2008

Kayuhan Warisan Taiping 2008

Hari ni adalah hari yg dinanti-nantikan. Kayuhan Warisan Taiping 2008. Aku telah bersedia untuk Jamboree kali ni. Dengan latihan khas yg tak special mana pun dan rantai beskal yg baru, aku ke Taiping Jamboree. Bermula di tengah2 kelompok riders, aku melakukan pecutan maksimum ke depan dengan azam yg tinggi “Satu Rengkuhan Satu Rider Dipintas”.
.


Garisan Permulaan & Penamat. Dataran Kedamaian, Taman Tasik Taiping...


Kenangan bersama Pawana Riders sebelum bermulanya kayuhan...


Sebelum kayuhan kami diberi minum minuman yg ditaja oleh PowerBar...


Ditengah2 ratusan kelompok Riders yg penuh dengan semangat membara...

Sebelum sempat sampai Checkpoint pertama dah kena masuk air dah. Memang kecut laa kaki. Sampai “Checkpoint 1” pukul 8.30 pg. Pastu jalan Offroad untuk Checkpoint seterusnya. Cukup mencabar. Jalan tanah merah yg berair dan berlumpur mmg cukup mencabar ditambah plak dengan periuk api (Tahi Lembu) yg bertempiaran di tengah jalan. Kalau tak elak, alamat makan tahi laaa...

Awal-awal dah kena redah air. Macam mana plak aku boleh lupa zip beg...


Pukul 10.30 pg aku tiba digarisan penamat. Kali ni matlamat TOP50 aku tercapai selepas kekecewaan di BM Jamboree tempoh hari. Aku di tempat ke-34 kali ni. Lepas bersihkan diri, kami semua dijamu makan. Nasi minyak lauk ayam, sayur kubis dengan buah limau yg cukup banyak. Aku rasa hari ni lebih kurang 30 biji lebih limau aku telan...



Dah sampai. Cukup mencabar. Tengok sajalah my JAMIS yg bermandi lumpur...


Aku dan Abg Mat sejurus tiba di garisan penamat...


Aku , Abg Mat, Abg Wan & Fauzi...


Kenangan bersama Pawana Riders yg telah tiba di garisan penamat...

Dalam pukul 2.30 ptg ada cabutan bertuah. Hadiah utama dia Body TREK. Seperti baisa aku mmg tadak luck kalau dalam Lucky Draw ni. Dalam pikul 3.30 ptg semuanya selesai. Sememangnya Taiping Jamboree ni mmg menarik sebab boleh kayuh dan jalan dia pun besar, tak laa tolak beskal macam BM Jamboree last time.

Hidangan tengahari kami…walaupun ringkas namun menyelerakan..


Amri tengah makan suruh Aku ngan Reimi temankan dia plak...


Bersama Iron-Leg Man. History dia berbasikal mengelilingi Malaysia cukup mengagumkan...


Four stickers. LULUS Taiping Jamboree 2008...
.
More Pictures...
http://picasaweb.google.com/khairi000007/KayuhanWarisanTaiping2008#

Thursday, December 25, 2008

KWT08 Special Training

Sekarang aku di kampung halaman dalam persiapan menjalani latihan khas bg mempersiapkan diri menjelang Kayuhan Warisan Taiping 2008. Latihan khas pada nama je laaa…tp aku tak laa buat latihan sehebat nama pun. Hihihihi… Tapi paling tidak, ianya sesuatu yg menyeronokkan dan penuh dengan cabaran dan dugaan walaupun kayuh sorang2.
.

Sepetang di Bukit Lanjut…Downhill dia hebat jugak..boleh reach 68km/h...

Kenangan di batuan di Bukit Lanjut dari seberang jalan pulak…

Lepak kejap sambil tengok orang main sepak takraw. Aku pun join jugak lepas kena paksa walaupun tak tahu nak main…

Dipinggir jalan meneuju ke Ulu Mengkuang…

Lalauan panjang dari Selama ke Kubu Gajah…

Laluan mana yg menjadi destinasi seterusnya…


Memori silam…melintasi hadapan sekolah yg telah lama aku tinggalkan…


Di halaman rumahku…

Sehari sebelum KWT08, Jalan2 di kaki Maxwell Hill...

Saturday, December 20, 2008

Menjejak Lalauan...

Hari ni kayuhan tak berjalan seperti dirancang. Kayuhan + Pendakian + Renangan telah dibatalkan. Pelbagai rintangan aku lalui termasuk rantai beskal yg dok buat hal lagi. Tp hari ni bukanlah satu hari yg membosankan. Dari sebuah kayuhan suka2 ia bertukar kepada sebuah kayuhan yg dinamakan "Menjejak Lalauan". Diketuai Pak Nasir, kami menjejak laluan baru di Teluk Tempoyak. Di kawasan hutan berbukit di pesisir pantai Teluk Tempoyak rupanya ada lalauan yg boleh menjadi buah mulut suatu masa nanti seperti juga Bukit Carpet & Blue House. Pemandangan indah di pesisiran pantai cukup memukau. Deruan ombak menghempas pasiran pantai yg memutih mnggamait hati untuk kembali semula ke situ. Pelbagai rintangan dalam menjejak laluan baru kami tempuhi, namun itu bukan penghalang bg seorang Mountainbiker & juga pecinta alam seperti aku.
.

Under the blue sky...


Pepohon kelapa melambai kedatangan kami...

Mountain of Rock...

Kenangan bersama kerang-kerangan...


Shaun, masih mampu tersenyum walaupun dalam kepenatan...

Daun getah, buah getah & biji getah...

Jejak ku tinggalkan...Untuk kau teruskan...

Belalang Tempur!!!

Pak Nasir menjejak laluan...

Khas untuk peminat Downhill..cukup mencabar..datangla sendiri...

Lautan lepas nan membiru...

More Pictures...

http://picasaweb.google.com/khairi000007/MenjejakLaluan#


Saturday, December 13, 2008

3 IN 1

WHAT A WONDERFUL DAY? Hari ni paling best sejak aku join MTB. Macam pakej pelancongan plak. 3 in 1 = Mountainbiking + Lunch + Swimming. First skali, cycling Tour de Penang. Aku, Kenny & member baru Goh. Pastu jumpa Pak Nasir, Pakcik Shah & anak dia kt Tanjung Bunga. Depa plak join kami kayuh sampai Bayan Baru. Pastu kami pi mandi kat air terjun di kaki Bukit Carpet. Belasah ja nama "Carpet Waterfall" sebab tak tau pun nama dia. Hahahaha. Sebelum tu kami singgah kat Nasi Kandar Dawood beli nasi bungkus buat bekal berkelah kat air terjun. Memang sedap laa...time penat2 makan nasi. 2 jam kami habiskan masa kat sana. Dalam pukul 3.30pm baru kami pulang ke rumah masing2. Minggu depan satu lg pakej yg lebih istimewa...
.
Empangan Teluk Bahang
.
Hari tayar pancit...Mula2 Pak Nasir, this time Pakcik Shah plak...
Nasib baik tayar aku selamat...
.
Dok tunggu repair tayar pancit..Bila nk pi mandi ni...
.
Like Father..Like Son...
.
Makan time...Nasi Kandar Dawood
.
My favourite part...Swimming!!!
.
My JAMIS jd penyidai baju laa plak...Kasi rehat kt dia skit...
.
Pak Nasir with his Megastructure, "Telaga Berendam"
.

Monday, December 8, 2008

Tanah Runtuh...

Baru2 ni kita digemparkan dengan berita tanah runtuh di sana sini...Terbaru tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, 2 hari menjelang Aidiladha. Mengimbas kembali Tragedi Highland Tower 15 tahun lalu, cukup menyanyat hati. Namun, kita mudah alpa...setelah Highland Tower mengajar kita, kita tetap membotakkan bukit bukau demi membina mahligai indah untuk mempamerkan kemewahan kepada insan lain. Finally, there is no more "WONDERFUL WORLD" for us and for the next generation...

Monday, December 1, 2008

Kayuhan Tak Berantai

Macam biasa...hujung minggu aku pi cycling. Tp weekend yg lepas, segalanya tidak berjalan seperti yg dirancang. Bettul laa kata pepatah, "Kita Hanya Merancang, Hanya Tuhan Yg Menentukannya". Hari Sabtu plan nak pusing island, aku dah prepare baik punya dr pukul 5.30 pg lagi. Bila time my JAMIS kuar jee pintu...hujan turun dgn lebatnya..sampai ptg. Mati akal aku dok kat rumah menanti hujan berhenti...Arrrghhhhhhh!!!!!!
.
Ahad, cuaca cukup cantik. Aku cukup semangat berkayuh hari tu...Pulun cukup2. Dr DINAS kami plan nk ke Balik Pulau pastu nk ke Bukit Genting ikut Bukit Lama. Sebab nk balas dendam utk hari Sabtu punya, aku kayuh gila2 punya..last2 sekali rantai JAMIS aku putus kat atas Bukit Lama. Terpaksalah..aku lupakan hasrat ke Bukit Genting dan tolak Balik sampai ke Bayan Baru. Nasib baik Kenny ada tolong tolak dr belakang. Bukit time, tolak sendiri laa...sapa nak tolok kan?Hahaahahha....Lebih kurang 15km jugak laa nk sampai Bayan Baru dari sana...Kira latihan khas laaa tu...Itulah namanya "Kayuhan Tak Berantai" di Pagi Ahad.

Sunday, November 23, 2008

KHAIRI - Pawana Riders

Ku ukir namaku sebagai Pawana Riders

Front View - ADIDAS logo

KHAIRI de Pawana Riders

Kayuhan Sepi Seorang Mountain Biker

Hari ni aku buat kayuhan sepi sambil makan angin. Pagi2 aku iku Mr Malik panjat Bukit Carpet. Pastu aku buat kayuhan solo pusing area dekat2 Bayan Lepas ni...Penutup kayuhan...aku singgah Kapitan isi perut...What a perfect ending of my Journey?
.
Lalang2 tegak berdiri...
.
Lepak2 kat padang sambil tengok kapal terbang...
.
Kampung Nelayan @ Teluk Tempoyak
.
Bot nelayan @ FIZ Phase 2...Tak gerak, weekend laa katakan...
.
Agilent Technologies - Ofis aku kat tingkat bawah sebelah kiri tuu...
.
Flyover to QuensbayMall...
.
Penang Bridge view from Hammer Bay
.
Lepak2 @ Hammer Bay sambil tgk orang BBQ...
.
Tgh panas terik (12.00 pm) @ Quensbay Mall
.
My favourite...Chicken Tandori @ Kapitan Restaurant.
Nyummy..Nyummy...
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...