Monday, October 19, 2009

KAYUHAN PECAH LEMAK RAYA 2009

KRONOLOGI KPLR'09 (DAY 1 / 17 Oct 2009)
.
05.30AM - Rumah Pak Nasir dah mula bising sedari malam lagi. Kami semua bergegas mandi dan mempersiapkan diri selepas tak tido malam setting beskal.
.
07.00AM - Kami mula bergerak dr rumah Pak Nasir ke Pdg Katong. Time ni sesi berkenal mesra sambil snap2 gambar kenagan.
.
08.00AM - Kayuahn KPLR'09 bermula secara rasmi selepas mendengar taklimat khas dr pihak penganjur yg diketuai oleh Lt Ramly SP.
.
09.00AM - Kelompok pertama telah tiba di Wang Klian. Setelah memerah keringat mendaki Bukit Wang Klian sejauh 7km. Memang getir & sengsara. Time ni semua dok sibuk check passport masing2. Aku & Sifu kena tunggu group kami sampai dulu baru boleh masuk Siam.
.
10.30AM - Selepas semua dah makan & ready, kami meneruskan kayuhan menuju ke Hatyai. Aku & Sifu meneruskan kayuhan setelah mendapat mandat yg group passport kami dah OK. Layan 4okm++. Memang best!!!
.
10.40AM - Arrrgh!!! Passport problem... Capten passprot kami merempit ngan moto kejar aku & sifu suruh patah balik. Time ni dah 15km kami terlepas. Apa nak buat, kena patah balik. Rempit lagi sampai kat Imegresen Siam pegawai tu kata dah OK. Tension2!!!. Pastu apa lagi, kami 2 org rempit balik kejar grou2 yg dah jauh tinggalkan kami. Sifu kata, kita mesti kayuh average 35km non-stop kalau nak dapatkan rider2 lain.
.
01.10PM - Kayuhan kami terganggu seketika. Tayar belakang P.Cik Shah pancit plak. Hampir 30minit kami ambik masa nak tukar tube. Cuaca panas semakin memeritkan perjalanan. Air dah semakin kontang. Kayuahn terpaksa diteruskan. Misi kali ini mencari air plak. Time ni dah bbyk rider2 yg kami jumpa dok melepak tepi pondok, bawah pokok, kedai makan. Tapi bagi aku, kami punya training @ kayuhan hanya stop bila sampai saja, kecuali nak isi air.
.
03.30PM - Kami dah tiba di bandar Hatyai. Perjalanan getir kami semakin berakhir. 20km sblm sampai Hatyai, aku hampir tewas coz terlau lapar sbb tak makan since last makan roti kat rumah Pak Nasir . Pau P.Cik Shah nye coklat laa. Nasib baik dia simpan separuh lagi Snickers. Dapat energy balik, kami teruskan kayuhan semula.
.
03.40PM - Akhirnya kami tiba juga di Florida Hotel. Lega rasanya... Jus oren & sirap tu aku bedal cukup2 punya. Aku rasa sementara tunggu beg sampai, lebih dari 20 gelas aku minum.
.
06.15PM - Beg kami yg dok atas lori pun sampai. Ambik beg terus gegas masuk hotel. Lepas settle semua, kami pun keluar mencari makan. Lapar gila dah ni...
.
01.30AM - Lepas makan & jalan2 Sifu ajak balik dah. Kata dia, balik check & cuci beskal . Dia cukup pantang kalau beskal kotor. Kalau rasa nak panas telinga kena ceramah, try laa naik beskal kotor. Hihihihihi... Settle semua, makan vitamin & tido. Esok nak sambung kayh lagi...
.
.
KRONOLOGI KPLR'09 (DAY 2 / 18 Oct 2009)
.
06.30AM - Hari ke-2 KPLR'09 bermula. Mandi & siap2 nak pi sarapan. Sebelum tu pasang balik beskal yg dibasuh malam semalam & inspect mana yg patut...
.
09.00AM - Riders dah mula berkumpul kat perkarangan hotel. Sesi ambik gambar dan bercerita "Kisah Malam Hari" mula menggamatkan suasana. Ada yg penat, ada yg ketawa, ada yg menung.. Bak kata ASTRO... Macam2 ada!!!
.
10.00AM - Kayuah nKPLR'09 hari ke-2 bermula. Polis Siam escort kami sepanjang perjalanan. Mmmg best laa dia orang ni. Terus berangan kayuh ala2 Tour de France plak... Hahaha...
.
10.40AM - Kayuhan berehat minum air di Rumah Gabenor Haytai..
.
11.30AM - Kayuhan berenti minum lagi. Kali ni kat Bali Polis plak. Bukan takat air kosong dia jamu, air kelapa tu... Sedap maut punya!!! Siap bagi tuala utk lap muka lagi. Mmg best laaa... Selesai sesi bergambar, kami teruskan perjalanan ke Padang Besar.
.
12.05PM - Sesuatau yg tak diduga telah berlaku. Accident beramai-ramai. Puncanya, satu pickup truck tu overtake kereta Marshall dan berenti depan2 riders. Apa lagi emergency brake laaa. Time hujan plak tu. Berterabur beskal & riders meniarap atas jalan termasuklah aku. Bertaburan botol2 air kat atas jaln. Tp itu bukan penghalang utk kami meneruskan kayuhan. Memang dah adat berkayuh. That what we call "EXPECT THE UNEXPECTED"...
.
01.00PM - Kami tiba di sempadan Siam-Malaysia. Aku & Sifu macam bias laaa. Tunggu geng2 group passport sampai. Hari ni tak mau jadi macam semalam dah. Kami kumpul semua bagi cukup, make sure semua OK, baru jalan. Selamat Tinggal Thailand!!!
.
02.00PM - Kami pulang ke kampung halaman semula. Merentasi sempadan. Berenti makan nasi & teruskan kayuhan ke Padang Katong.
.
04.15PM - Berakhirnya KPLR'09. Kami tiba di Padang Katong. Ambik beg, tambat beg kat beskal, mandi dan berangkat pulang. Sebelum balik Penang, kami pi shopping kat Padang Besar dulu.
.
SEKALUNG PENGHARGAAN & TAHNIAH BUAT ORGANIZER KPLR'09 YANG BERJAYA MENGANJURKAN KPLR'09 DENGAN JAYANYA. TAHUN DEPAN JANGAN LUPA BUAT LAGI
.

My GTS R53B yg telah bersedia di ruang tamu sebelum berangkat ke Perlis..
. Inspection by my Sifu. Mmg rutin sebelum kayuhan, beskal aku kena lepas inspection dia dulu.
.Depan rumah P.Nasir, sblm ke Pdg Katong
. Aku & Sifu
. Penerangan ringkas oleh Lt Ramly SP sblm kayuhan bermula..
. Ready to go!!!
. Merentasi sawah padi...
. Masih bersemangat waja...
. Antara riders yg berjaya dirakamkan...
. Gunung-ganang ala2 Tour de France
. Dah sampai Wang Klian, selepas pendakian yg memeritkan.
. Depan Signboard sebagai bukti kami telah ke sini..
. ODD yg ceria selalu.
. Abg EE yg berjaya mengatasi emosinya & semakin berkeyakinan serta bermotivasi selepas berjaya menakluk Bukit Wang Klian.
.P.Cik Shah, Aku & Abg EE
.Abg Sofi & Kak Ross. Pasangan yg cukup serasi dalam dunia berbasikal wilayah Utara Semenanjung Malaysia
. P.Nasir & jentera barunya yg siap pd pukul 3.30 am semalam..
. Apsal Pak Bakar sengih lebih semacam jaa.. Dok ingat apa tu haaa???
. Aku, P.Cik Shah & P.Cik Ramly SP
. P.Cik Shah dgn jenteranya. Walaupun classic tp jgn main2 aaa...
. Tayar beskal P.Cik Shah pancit plak...
. Pintu Gerbang. Tulis apa ntah. Sepatah haram tak paham.
. Merentasi Masjid Sankhlongkua
. Aksi Sifu yg sentiasa bersemangat...
.Aku tgh dok merempit...
. Jumpa riders lain tgh jalan...
.
Yeah!!! Dah sampai Hatyai dah...
.
Depan tangga Florida Hotel. Muka2 kepenatan...
.
Ready utk merayap...
.
Sedap betul teh tarik dia... Mmmg betul2 kauu!!!
.
Naik moto 3 org. Kalau kat malaysia ni confirm kena saman. Dah laa helmet pun tak pakai...
.
Pasar Malam / Pektai
.
Jumpa ngan geng2 kayuh. Nak pi mana tu ha? Ehem2 kee!!!
.
Beskal Sifu yg telah siap dicuci.
.
Beskal aku plak.. Kena bersih ni., kalau tak kena ceramah laa...
.
Di pagi hari yg indah...
.
Makan roti canai cecah susu, buat lapik perut.
.
Suasana pgi dari sudut berbeza...
.
Kenangan di Hatyai sebelum balik ke Malaysia.
.

Apsal ni? Pn. Ross hilang keee?
.
Bersama Lt Ramly SP, Pasangan Bahagia & My Sifu
.
Florida Hotel.
.
Kenangan depan Florida Hotel..
.

Berenti minum kat Rumah Gebenor...
.
Bersama Otai-Otai
.
Minum lagi... Air kelapa dia mmg best...
.

Gambar beramai-ramai sebelum pulang...
.
Tragedi yg tidak disangka-sangka...
.
Dah sampai Padang Besar...
.
Jgn berebut.. semua boleh balik kampung jumpa ayah bonda..
.
Geng2 Group Passport.
.
Welcome back to Malaysia...
.
My GTS yg tersadai setelah 2 hari bekerja keras sampai tayar dia pun berbonjol dah...
.
Rehat kejap sebelum kemas2 nak balik...
.
Beraksi dgn baju rasmi KPLR'09 sblm berangkat pulang ke Penang...
.
More Pictures...
http://picasaweb.google.com/khairi000007/KayuhanPecahLemakRaya2009#
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...