Wednesday, December 22, 2010

PENANG KAYUH LASAK 2010 - MY GR8 RIDE

Sunday, 12 December 2010. Sekali lagi KOTRT menganjurkan Penang Kayuh Lasak 2010. Kali ni dah masuk tahun yg ke-8 penganjurannya. Dah nama pun kayuh lasak, mmg trek dia pun lasak dan  mencabar ketahanan mental dan fizikal peserta yg menyertainya...

Dari malam sampai pukul 7am hujan masih turun dgn lebatnya.. Nak start kayuh,tgh kayuh  dan habis kayuh pun dok hujan jugak. Trek dia jgn tanya laa, licin & berlumpur. Mmg kayuh lasak kali ni memberi peluang kepada kaki2 & pakar downhill utk beraksi. Yg kaki tak pandai downhill mcm aku ni, merayap laa turun bukit. Seksanya lebih dari climbing lagi. Hehehehe... 

Setelah mengharungi lalaun getir dan sukar lebih kurang 4jam lebih, aku pun sampai laa ke garisan penamanat di kedudukan ke-84. Satu keputusan yg jelas mengecewakan aku. Apakan daya, trainig kurang sejak2 jatuh kat KK Jamboree 2010 yg lalu. Kecederaan masih membelenggu kayuhan aku sehingga kini. Apapun aku tak kisah laa, asalkan dapat menamatkan kayuhan pun dah kira OK laa...

Kayuh Lasak 2010 - MY GR8 RIDE

Downhill sambil sembang2... Kalau laju jatuh tergolek plak nanti..

Focus! Focus!

Semangat Terlebih!

Potong jangan tak potong!

Laju Lagi..!

Aku sdg menghampiri garisan penamat..

Huh! Dah sampai pun...


Alamak! Apa sudah jadi! Nasib baik tak kena mata.. kening je luka..

Mr Mama pun kayuh jugak..

SPECIALIZED sponsor utama hari ni..

Dinner Time. Lucky Draw bawak balik habuk je. Huhuhuhu..

More Pictures...

AMRO MTB

HAWK MTB TEAM

FARAH A'LIA

FAUZI STREETBOY

SHIRAT AZREE


Wednesday, November 24, 2010

UUM BIKE CHALLENGE 2010

Sunday, 21 November 2010. UUM Bike Challenge pertama kalinya menganjurkan perlumbaan basikal yg melibatkan roadbike & MTB. Maka berpeluang la aku menyertainya. Kali ni aku join Roadbike sbb kaki aku tak berapa OK lagi masa jatuh kat KK Jamboree 2010 sebulan yg lepas..

Mmg penat laa kalau sebulan tak training. Sejal jatuh hari tu, aku hanya kayuh 3 kali saja. Itu pun bukannya training, tp santai2 jee. Time race, memang pancit laaa. Selalau kayuh 90km mudah jee, tp kali ni rasa macam nak terkeluar jantung, kakai nak cramp, macam2 laaa... Akhirnya sampai di garisan penamat jugak di kedudukan ke-23. Syukur la aku dapat jugak menghabiskan kayuhan kali ini...


Ready utk berangkat ke UUM. Time : 0330

ONESTOP TEAM

Muka bosan dok tunggu bila nak start..
Picture from "Cycling Asia"

Akhirnya... bermulalah cabaran sejauh 90km

Tgh merempit

Dah sampai.. With Daniel Lee & Amirul

PRO! Heheheh..

Banyak jugak gerai2 beskal yg join

Mandi lumpur..

Kenagan beramai-ramai
2 Mangsa Dera dok mengenang nasib masing masing..

Dah tua baru nak join PLKN

Hasil seni yg tidak ternilai (tidak ada nilai)

More Pictures...

Tuesday, November 9, 2010

KUALA KANGSAR JAMBOREE 2010

Sunday, 31 Oct 2010. Kuala Kangsar Jamboree 2010 telah berlalu.. Aku tak dapat habiskan kayuhan, setakat 17km jee. Accident di tengah jalan. Skrg dah seminggu lebih tak kayuh...  dok lepak belek beskal je laaa.. Insya-Allah, hujung minggu ni dapat kayuh semula slow-slow. Misi UUM Jamboree mesti dijejaki...

.......

Wednesday, October 20, 2010

CIMB FOUNDATION RIDE - CAMPAIGN FOR A LANE

Sunday, 17 October 2010. Sekali lagi CIMB Foundation menganjurkan kayuhan yg telah mencatat rekod dlm Malaysian Book of Records sbg kayuhan yg mengumpulkan paling ramai perserta di Malaysia. Mmg ramai pun, lebih kurang 2500 orang yg join termasuklah pengayuh hantu. Tahun ni aku menghabiskan kayuhan dlm masa 2jam 15 minit, dgn avarage speed 34km/h/. Sedikit kurang berbanding tahun lepas, 2jam 10 minit dgn average speed 37km/h. Sasaran tahun depan, mesti  sharp 2jam dgn average speed 40km/h.

Di garisan peanamat..

TQ CIMB. Jom kita jayakan lagi kempen ni di masa akan datang sampai la kita dapat lorong basikal kat Penang ni.

Monday, October 18, 2010

KAYUHAN PECAH LEMAK RAYA 2010

2 - 3 Oct 2010. Tahun ke-2 KPLR menjelma lagi... Tahun ni kayuhan nampaknya lebih mencabar. Cuaca tak menentu.. Dr WAng Klian sampai Hatyai sekejap bermandi hujan sekejap bermandi peluh. Time balik plak baru tau laa, panas sampai ke Kangar. Tp tak jadi hal, asalkan dapat menimpa pengalamn kayuhan yg cukup seronok, bermakna & penuh dgn suka dukanya...

Beskal dah ready, rumah Pak Nasir jadi prot bermalam mlm tuu..

Sarapan dulu, nanti pengsan plak kayuh jauh2..

Geng2 kayuh dr Penang

Berangan naik beskal TREK

Di puncak Bkt Wang Klian

Wang Klian

Dah lepas sempadan Thailand, Tahun ni masalah passport tak berulang lagi.. Yahooo!!!.. Kalau problem jugak, naik moto ni laa sampai Hatyai

Dah sampai Florida Hotel, lebih kurang pukul 1.45pm

Lepas tukar duit Siam, baru boleh ronda2 Hatyai....

Jumpa kedai beskal, mesti masuk punya..

Sunday morning... Dah ready nak kayuh balik Malaya plak..

Persiapan terakhir, mana yg patut sblm berangkat pulang..

Selamat tinggal Florida Hotel, tahun depan jumpa lagi..

Teknik menahan kepanasan & menjimat kan air... Kayuh tutup mulut supaya tak cepat dahaga...

Sampai Perlis, berenti ladang Burung Unta plak..

Akhirnya sampai jugak ke Padang Katong. Lepas makan, kemas2, terus balik Penang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...