Thursday, 13 May 2010. Kita hanya merancang, Tuhan sahaja yg menentukannya... Begitulah kisah aku nak naik Penang Hill waktu malam. Perancangan kami untuk menjejakkan kaki di Penang Hill pada waktu malam gagal pada hari Rabu. Sejerus sampai di pondok 46, hujan mulai turun. Setelah meneliti keadaan cuaca, Sifu kata kena patah balik sbb nanti kalau hujan mulai lebat, jalan akan menjadi sgt licin. . Aku tak membantah walaupun sedikit kecewa...
.
Namun, kekecewaan aku terubat semalam apabila Sifu bawak aku kayuh sampai kat atas Penang Hill jugak.. Walaupun hujan renyai2 mengiringi kayuhan kami ke atas, itu tak jadi masalah.. Yg penting matlamat aku utk ke sana tercapai jugak... Sampai kat atas dalam pukul 11.00 malam , cuauca mmg sejuk, maklumla lepas hujan. Kami lepak sejam kat atas & lebih kurang pukul 12.15 am kami pun turun.Di pertengahan jalan, tyre beskal aku plak pancit. Terpaksalah tolak perlahan-lahan sampai Pondok 84. Lepas repair kami pun downhill ke bawah & pulang..
.
Mmg satu pengalaman yg menarik kayuh malam ke Penang Hill ni.. Walaupun perasaan aku kekadang seram & memikirkan jugak tentang itu, tp aku beranikan diri jugak. Thanks to my Sifu kerana dok bagi semangat dan kekuatan diri utk aku kayuh sampai atas...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
No comments:
Post a Comment