Tuesday, April 27, 2010

KHASIAT BUAH PISANG

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi iaitu SUKROSA, FRUKTOSA & GLUKOSA yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
.
PERHATIAN
Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.
.

.
KHASIAT BUAH PISANG
.
TEKANAN
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
.
PMS
Lupakan pil-pil hospital makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.
.
ANEMIA
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
.
TEKANA DARAH TINGGI
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi & garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
.
KUASA MINDA
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
.
PENGHADAMAN
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
.
KELETIHAN
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi anda semula.
.
PANAS JANTUNG
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
.
DEMAM PAGI
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
.
GIGITAN NYAMUK
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
.
SARAF
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .
.
OBESITI & TEKANAN KERJA
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.
.
ULSER
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita..
.
KAWALAN SUHU
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
.
SEASONAL AFFECTIVE DISORDER (SAD)
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaik pulih mood kita.
.
KETAGIHAN ROKOK & TEMBAKAU
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .
.
STRESS
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
.
STROK
Mengikut kajian dalam buku "The New England Journal of Medicine", mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%.
.
LAIN-LAIN PENYAKIT KULIT
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah .
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protein, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut,
"SEBIJI PISANG SEHARI DAPAT MENJAUHKAN DOKTOR!"

Tuesday, April 20, 2010

TELUK BAYU PENANG MTB CHALLANGE 2010

Saturday, 17 April 2010. Hari ni ada MTB Challange kat Teluk Bayu Penang, anjuran PCA. Aku masuk Kategori Open & my Sifu masuk Kategori vateran. Saja try2 masuk race, coz sblm ni tak pernah masuk pun selain jamboree. Ternyata mmg berbeza suasana kayuhan time race ngan time jamboree. Jamboree 50km pun dok rasa relax jee, tp race 20km pun mmg nak tercabut jantung ni. Selain pengalaman berharga ni, aku jugak dapat sakait. Hehehehehehe...
.
Banner
.
Junior start dulu.
.
Kategori Vateran plak, Sifu dok ready tu...
.
Malang menimpa my Sifu, tangan dia tersepit kat crank. Time tgh pebetul rantai, kena langgar dari belakang. Terpaksa menarik diri, sbb tak boleh nak tekan brake dah...
.
Dok relax sementara tunggu Kategori Open start
.
Sifu baru sudah check my MARIN... Ready nak pi race dah..
.
Sebagai kenangan...
.
Da bermula...
.
Panjat jgn tak panjat... Huh!!! penat jugak time ni..
.
Inilah habuan yg aku dapat, 1st time masuk MTB Challange. Kenan cop Crank SLX kat betis. Tembus sampai kat isi jugak laa...
.
Sifu aku laa org yg paling risau time tuu...
.
Dok tunggu nak bg hadiah...

Aku sekadar ditempat ke-5. Geng2 Le-Tua ni mmg hebat!! Juara tu, masa kat Sg Lembing hari tu, Anuar Manan pun dia sapu...
.
Bersama medal masing2, sblm berangkat pulang.
.

Tuesday, April 13, 2010

KAYUHAN BENDANG 2010

Sunday, 11 April 2010. Kayuhan Bendang 2010. Mmg syok habis laaa.. Ni la 1st time aku kayuh beskal atas sawah padi. Syok jugak rasanya. Disamping merempit, dapat jugak tgk kehijauan sawah padi... 50 km flatroad, tak kayuh jawapnya tak jalan laa beskal. Rempit punya pasal nyaris2 aku terjun tali air time corner tajam. Nasib baik sempat brake, kalau tak lawan berenang dgn ikan laa plak... Hahahaha... Kepada yg tak pernah kayuh atas sawah padi, next time kena join... Best oooo.....
.

Dah bersiap sedia.. Sifu, Aku , Mr Raif & Abg Mizan.
.Pak Nasir & The Geng
. Pawana Riders
. Bila nak tiub wisel ni.. Dah tak sabar nak kayuh nii...
. Pak Ant relax jee... hgpa nk pi dulu pi laaa.. Biar lambat asalkan selamat..
. Ramai jugak yg join .. dekat2 600 orang jugak laa..
. Dah sampai pun... Aku (No-5) & Sifu (No-15)
. Pak Ant dok gelak besar nampak... Tau laa dapat gelang lebih..
. Mr Raif pun baru sampai jugak... Pekana VICO dulu..
. Tgh2 dok rest...
. Kenderaan Rasmi Hari ni - Renault Espace tajaan Mr. Raif Turbo kita..
. Mari kita lihat... sapa yg bertuah hari ini...
. Tgk2 org yg 1st time masuk Jamboree jugak yg bertuah.. Tahniah laa bro, mmg berbaloi-baloi...

Monday, April 12, 2010

MY NEW GIANT ROADBIKE

Introducing my new Giant Roadbike.. Maju skit laaa dr yg lama teknologi dia, tp tak laa secanggih-manggih yg berpuluh ribu tu. Namun, aku dah berasa kelainan padanya, lebih ringan dan semakin laju kayuhan . Itu sudah cukup buat aku. Leaps ni misi mencari SPD shoes. Sifu dah tak bagi pakai Sport shoes lagi dah... Dia kata bila dapat beskal baru ni, kena pakai , tadak alasan dah...
.
Tu dia la wajah baru my RB
.
Tgh dok adjust serba sikit.
.
Sifu dok tunggu dah tuu, lepas ni nak pi test ride...
.
Dah sampai parking kat rumah... sebelah MARIN.
.

Friday, April 9, 2010

MTB TRAINING : OFFROAD IN PENANG

Saturday, 3 April 2010. Seingat aku, lama dah aku tak buat kayuhan & story pasal cerita kayuhan offroad kat Penang ni. Hari ni kami buat kayuhan kira hardcore laa jugak. Sifu bawak geng2 TNB yg dah mula berjinak-jinak dgn MTB ni. Selalu kayuh pi Bkt Carpet jee, so hari ni semua akan rasa the real challange termasuk laa kau sekali yg baru baik dr kecederaan kaki...
Hari ni jugak kami bawak seorang junior, Adik Irfan. Baru seminggu jee naik MTB, dah mampu mengikut kami hingga ke garisan penamat.Hebat tuu!!! Dapat extra training dr Sifu jee, sure hebat punya laaa... Yg penting, mau & bersungguh-sungguh. Balik je kayuh, Sifu akan bg report kat ayah dia.. Kalau positive, dapat habuan laa.. Hehehehe...
.

Kat depan TNB Apartment, seblm kayuhan bermula...
. Berenti beli kelengkapan & bekalan makanan masing2, takut kelaparan plak dlm hutan nanti.
. Pendakian bermula... Take-5
. Adik Irfan kita, PEACE!!! Kena show kat ayah dia betul2 nak kayuh... Nanti baru boleh dapat beskal baru... dia kata nak FULLSUS tuuu...
. Semua dah kelaparan... rest sblm menuju ke 3 menara.
. Cabaran semakin getir...
. Apa kes Irfan?? Dont worry.. Jgn mengalah.. kami semua akan tetap memberi semangat & motivasi hingga ke akhir kayuhan!!!
. Sampai Iron-X dah...
. Kat sini mmg boleh nampak view yg cukup cantik..
. Selamat dah keluar dr hutan belantara. Niat nak mandi Air Terjun Titi Kerawang, tp dah lewat.. posponted next time laa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...