Sunday, August 23, 2009

KAYUHAN MALAM RAMADHAN 2009

Penang Island View @ Night
.
NIGHT RIDE CHRONOLOGY
................................................
DATE = FRIDAY, 21 AUGUST 2009
DISTANCE = 79.46 km/h
MAX SPEED = 52.5 km/h
AVG SPEED = 25.0 km/h
CAL BURNED = 1476.8 Ca
CYCLING TIME = 3h,10m,21s
.
11.00 pm
Aku tiba di meetpoint seperti dijanjikan. Makcik Kelante (MCKT) Hentian Rasmi Night Ride 2009
.
11.15 pm
Sifu muncul dgn ORBEA nya. Kayuhan malam bermula serta merta..
.
11.45 pm
Tiba di Teluk Kumbar. Kedengaran dentuman guruh dan awan hitam mula berarak tiba.
.
12.00 am
Pendakian melalaui Jalan Lama menuju ke Balik Pulau. Jalan raya sunyi sepi… Terlihat gerai2 makan masih beroperasi dgn geng2 oldies & youngsters yg minum2 lepas terawih.
.
12.15 am
Tiba di Balik Pulau. Mengusuri Jalan Pondok Upih yg sunyi. Terlihat rumah2 di pinggiran jalan telah bergelap. Almaklumlaa.. esok nak bangun sahur.
.
12.30 am
Pendakian lagi. Keringat dikerah tatkala mendaki dari Balik Pulau ke Teluk Bahang. Sifu kata slow2 jee coz jalan gelap. Hanya bergantung pada lampu beskal saja.. Kami teruskan jua...
.
12.45 am
Pssssttttt…. Tayar JAMIS aku pancit. Huh Lega!!! Tepat2 dibawah pancaran lampu jalan plak tu. Kalau tak, pitam jugak laa.. Sifu tolong tukar aku. Selamat dia ada tube lebih. Tube aku jenis PRESTA… tp lupa bawak adaptor. Camna nak pump?
.
01.00 am
Pendakian berjalan lancar semula menuju ke Dam Teluk Bahang. Di pertengahan jalan, sekalai sekala ada laa 2 k3 3 biji kereta melentasi kami .. Time downhill... kami stay close side by side coz nak combine pancaran lampu LED supaya boleh suluh jalan… Focus dan ketelitian amat perlu di saat ini.
.
01.30 am
Sampai di Teluk Bahang. Makan nasi kandar kat Restorant Khaleel lepas bulatan kecik kat Teluk Bahang tu. Memang sedap laa time2 sejuk & lapar. Kejap jee kami clearkan nasi yg banyak tuu… Time ni hujan dah mula renyai2…
.
01.50 am
Hujan renyai2. Perjalanan kami diteruskan. Dalam kesejukan malam, kami meredah hujan renyai menuju ke Feringhi.
.
02.15 am
Kami bermandi hujan. Hujan turun dengan lebatnya. Kami terpaksa slowdown kelajuan dari 35kmh – 40kmh kepada 30kmh – 35kmh disebabkan jalan yg berair dan licin.
.
02.45 am
Tiba di Gurney Drive & Padang Kota Lama. Hujan masih lebat. Kesejukan bukan Penghalang bg kami berdua. Apa yg pentina, semangat & teamwork semasa melakukan kayuhan tatkala hujan dan gelap.
.
03.00 am
Kami menyusuri Coastal Highway menuju ke Bayan Baru sambil bermandi hujan. Sambil kayuh, Sifu bagi tip2 dan nasihat time kayuh weaktu malam. Time2 hujan pun kena lecture jugak.. Mesti dengar & ikut rapat…!!!
.
03.30 am
Tiba di Bayan Baru. Seluruh badan dah basah kuyup. Kesejukan namun aku puas. Thanks to my Sifu coz bawak kayuh malam… What an experience in my life? Superb!!!
.
04.00 am
Cuci beskal pun dah siap. Makan sahur pun dah settle. Aku pun tido…ZZZZZZZZ…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...